"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu





Khas buat bonda tersayang...

Ingatlah,..

Sesungguhnya...

Anakmu sentiasa mendoakanmu...

Anakmu sentiasa menyayangimu...

Anakmu sentiasa merinduimu...

Bonda...

Doakan kejayaan anakmu...

Doakan kebahagiaan anakmu...

Kasihkanlah anakmu ini...

"::::: Selamat
Hari Ibu :::::"

"::::: Selamat Hari Ibu :::::"

"::::: Selamat Hari Ibu :::::"




Raza4u.com Get -Graphics

Tuesday, May 3, 2011

Kenyataan Media Tok Guru Nik Aziz Tentang Kematian Osama Laden

Bismillah

Alhamdulillah...masih lagi dalam mood yang baik dan mempunyai masa untuk berkongsi sesuatu yang sangat 'HOT' buat masa ni...

Apa lagi kalau bukan isu kematian Osama Laden..!!!

Jom kita tengok apa pandangan seorang ulama' tentang isu ini...

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/228530_10150167842393046_215868293045_6486595_7660015_n.jpg

"Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam"

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika.

Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Dipetik daripada http://terkinidunia.com

Sunday, May 1, 2011

Tips untuk bersangka baik sesama insan

Bismillah

Alhamdulillah, Allah telah memberi kelapangan dan kesempatan untuk ana menulis walaupun hari ni merupakan hari pekerja. Hari ni sepatutnya kebanyakan orang berehat panjang bersama keluarga dan lain-lain. Pada saat ana menulis ini, ana sedang berada di rumah seorang cikgu PLKN ana dulu (nme glamournye Sis Sally) kat Nilai, Negeri Sembilan.

Tips ini telah diberikan oleh Syeikh Abdul Kadir Jailani. Moga selepas membaca tips ini, hati kite lebih tenang dan bersedia untuk bersangka baik dengan semua orang....InsyaAllah...


1. Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkanlah dalam hatimu : “ Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia.”

2. Jika bertemu anak kecil maka ucapkanlah dalam hatimu : “ Anak ini belum bermaksiat kepada Allah sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

3. Jika bertemu orang tua maka ucapkanlah dalam hatimu: “ Dia telah beribadah pada Allah jauh lebih lama dariku. Tentu dia lebih baik dariku.”

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu maka ucapkanlah dalam hatimu: “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh mencapai kedudukan yang tak pernah ku capai mengetahui apa yang tak pernah aku ketahui dan mengamalkannya. Tentu dia lebih baik dariku.”

5. Jika bertemu orang yang jahil maka ucapkanlah dalam hatimu: “ Orang ini bermaksiat pada Allah kerana dia jahil (tidak tahu)sedangkan aku bermaksiat pada Allah padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhirnya umurku dan umurnya kelak. Tentu dia lebih baik dariku.”

6. Jika bertemu orang kafir maka ucapkanlah dalam hatimu: “Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak mungkin di akhir usia dia memeluk Islam dan beramal soleh dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk. Tentu dia jauh lebih baik dariku.

Firman Allah s.w.t :

" Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah dari banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di anatara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh DIA menerima taubat, Maha penyayang." (49 :12)

...Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...