"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Friday, May 29, 2009

Tolong Beritahu Dia...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang
Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang
Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum
terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga
batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan
cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya..menjadi pengemis cinta Ilahi..perindu syahid abadi...
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari
nanti...

"Sandarkanlah cinta kepada Allah...pasti tidak kecewa kerna pasti ada
balasan...Dan ingatlah sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara..."

Monday, May 25, 2009

14 KEBERKATAN SURAH YASIN

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Monday, May 18, 2009

ILMU VS HARTA

Assalamualaikum...

Sebagaimana yang kita ketahui ILMU dan HARTA adalah sangat penting dalam kehidupan.

Namun, apabila kita bercakap berkenaan istilah PENTING sudah tentu kita akan bertanya daripada yang penting itu, yang mana satu adalah LEBIH PENTING?


VS


Bagi saya ILMU adalah lebih penting daripada HARTA.
Kenapa? Untuk menjawab soalan tersebut, saya telah menyediakan
10 sebab mengapa ILMU lebih penting daripada HARTA berdasarkan artikel yang telah saya baca sebelum ni. Jadi elok rasenye kite berkongsi ilmu yang baik.

Berikut adalah hujah-hujahnya :

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Saturday, May 16, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

PENGENALAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF

• " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
• " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
• " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
• " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
• " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
• " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan

IKRAR

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

LAGU GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

SAJAK: GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

TEMA-TEMA HARI GURU

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Monday, May 11, 2009

I LOVE MY MOTHER!!!!



Sempena Sambutan Hari Ibu pada kali ini, eloklah rasanya kita menghayati kisah ini...
Moga dengan kisah ini dapat membuatkan kita lebih sayang kepada ibu kita.
Hayatilah...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat
yang sama ditulisnya.

Ambillah iktibar daripada kisah ini...Kita kene ingat siapa diri kita... Tambahan pula SYURGA itu di bawah telapak kaki ibu...So,kita kene sentiasa berbuat baik kepada ibu kita...Memang jasa dan pengorbanan ibu kita tidak terbalas dengan wang ringgit atau kekayaan...Yang Ibu kita mahu hanyalah kita menjadi anak yang SOLEH!!!.
Syukran kerana sudi baca risalah ini...

SEBAHAGIAN DRPD FAMILYKU TERCINTA

MY MOM AND SISTER

MY BELOVED MOTHER

MAK...MAAFKAN ANGAH JIKA PERNAH MENGGURIS PERASAAN DAN HATI MAK...
ANGAH DOAKAN MAK SENTIASA BERADA DALAM LIMPAHAN KASIHNYA...
ANGAH HARAP, MAK SENTIASA DOAKAN YANG TERBAIK KEPADA ANGAH...
TERIMA KASIH ATAS JASA DAN PENGORBANAN MAK SELAMA INI...
ANGAH JANJI TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN HARAPAN MAK...
AMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN...


Sunday, May 10, 2009

Buatmu Ibu

Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com

Ibu...bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu...kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu...kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

Saturday, May 9, 2009

Mengenang jasa ibu bapa tuntutan sepanjang hayat

Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

IBU bapa mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah sehingga Allah memerintahkan kita berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Islam menyanjung tinggi kedudukan ibu sehingga memberi penghargaan istimewa terhadap pengorbanan ibu kepada anak. Ibu insan paling banyak menanggung penderitaan demi kelangsungan hidup anak.

Pengorbanan wanita bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Segala kesusahan ketika hamil dan kesakitan melahirkan sukar digambarkan, tetapi tiba-tiba boleh menjadi kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama anak.

Apakah memadai jasa dan pengorbanan ibu dihayati dan dikenang tatkala menyambut hari ibu? Sudah tentu tidak kerana sikap ini tidak menggambarkan kasih sayang sepanjang hayat tetapi hanya budaya sekali setahun.

Namun hari ibu yang disambut pada 10 Mei setiap tahun tidak bermakna ia harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian bermakna. Sebagai anak, kita dituntut mengenang jasa dan pengorbanan ibu.

Firman Allah bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Jasa ibu melahir dan membesarkan anak tidak dapat dibalas kerana pengorbanan memastikan kesejahteraan mereka amat besar sehingga meletakkan kedudukan syurga bagi anak di bawah tapak kaki ibunya.

Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW menjadi cerita yang terus diulang sebagai iktibar kepada generasi hari ini supaya menghormati serta menghargai ibu tidak kira dalam apa keadaan.

Alqamah ialah pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa serta bersedekah, namun dia lebih mengutamakan isteri berbanding ibunya yang makan hati berulam jantung dengan perbuatan Alqamah.

Akibatnya dia tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya sehingga Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah apabila ibunya yang berkecil hati enggan memaafkan anak itu.

Tindakan Rasulullah SAW menyebabkan ibunya segera memaafkan Alqamah yang kemudian dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah. Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda yang bermaksud: “Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak diterima daripadanya taubat dan tebusannya.” (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Walaupun hatinya kecewa, kasih sayang ibu mengatasi segalanya sehingga sanggup melupakan perbuatan anak semata-mata untuk melihat mereka mendapat keredaan Allah. Oleh itu, anak sepatutnya sanggup berkorban apa saja demi ibu.

Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak dan melayani ibunya dengan baik. Islam juga mengharamkan anak melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaan ibunya. Pendek kata, ibu ialah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan yang dilakukannya.

Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki: “Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”

Hadis Rasulullah SAW mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain walau kepada bapa sekalipun.

Alangkah sedihnya melihat masyarakat hari ini apabila ada anak sanggup mendera, membiarkan malah mencederakan ibu bapa apabila kehendak hati tidak dipenuhi atau disebabkan nasihat untuk kebaikan diberi.

Anak yang menderhaka terhadap ibu bapa kerana hilang nilai keimanan dalam diri dan jiwa dikuasai hasutan nafsu. Tekanan hidup hari ini juga menjadikan hubungan kekeluargaan kian jauh dan institusi keluarga makin rapuh.

Namun, apa juga cabaran, itu bukan alasan untuk menidakkan hak ibu atau membolehkan anak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka. Ada kala, ibu tidak memerlukan wang ringgit tetapi cukup perhatian diberi anak mereka.

Anak yang derhaka kepada ibunya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup ketika di dunia dan akhirat. Selain itu, menderhaka kedua ibu bapa bererti menderhaka kepada Allah.

Daripada Abdullah Amru, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Wednesday, May 6, 2009

12 ADAB MENUNTUT ILMU

Mukaddimah:

Segala puji hanya bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, keluarga, para sahabat dan pengikut setia mereka sampai hari kiamat, Amma ba’du:

Allah Berfirman :

ayat113.jpg

Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (QS. At Taubah:122)

Pada ayat tersebut, dapat kita simpulkan bahawa Allah membahagikan orang-orang yang beriman kepada 2 golongan ; Allah mewajibkan kepada salah satunya berjihad fi sabilillah dan kepada yang lainnya mempelajari ilmu agama.


Sehingga tidak berangkat untuk berjihad semuanya kerana hal ini menyebabkan rosaknya syariat dan hilangnya ilmu, dan tidak pula menuntut ilmu semuanya sehingga orang-orang kafir akan mengalahkan agama ini. Sebab itulah Allah mengangkat darjat kedua- dua kelompok tersebut. (Hilyah al ‘Alim al Mu’allim, Salim al Hilaliy hl:5-6)

Yang dimaksudkan dengan ilmu tersebut adalah ilmu syar’i, iaitu ilmu yang Allah turunkan kepada Nabi-Nya Shalallahu ‘Alaihi Wassalam berupa keterangan dan petunjuk. Jadi ilmu yang dipuji dan disanjung adalah ilmu wahyu, ilmu yang Allah turunkan saja. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:

Barangsiapa yang Allah menghendaki padanya kebaikan maka Dia akan menjadikannya mengerti masalah agama.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Baginda bersabda lagi :

Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham,mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya bererti ia mengambil nasib (bagian) yang banyak.” (HR. Abu Dawud dan At Tirmidzi)

Sebagaimana telah kita ketahui bahwasanya yang diwariskan oleh para nabi adalah ilmu syariat Allah dan bukan yang lainnya. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:11)


Hukum Menuntut Ilmu Syar’i

Menuntut ilmu syar’i adalah fardhu kifayah iaitu apabila telah mencukupi (para penuntut ilmu) maka bagi yang lain hukumnya adalah sunnah, namun wajib bagi setiap orang ISLAM untuk mempelajari ilmu-ilmu tentang ibadah atau muamalah yang hendak ia kerjakan.

(Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:21)


Terdapat Beberapa Adab Dalam Mempelajari Ilmu :


Pertama: Niat(Ikhlas) Hanya Untuk Allah

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa menuntut ilmu-yang mestinya untuk mencari wajah Allah-, tiadalah ia mempelajarinya melainkan hanya untuk mendapatkan bagian dari dunia, pasti ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat.”

(HR. Ahmad dll).

Ini adalah ancaman yang keras. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :25)

Apabila ikhlas hilang dalam proses mencari ilmu; berpindahlah ia dari ketaatan yang paling afdhal menjadi penyimpangan yang paling rendah. Diriwayatkan dari Sufyan ats Tsauri rahimahullah berkata: “Tiadalah aku mengubati sesuatu yang lebih berat dari niatku.”

Dari Umar bin Dzar bahawasanya ia berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku! Mengapa orang-orang menangis apabila ayah menasihati mereka, sedang mereka tidak menangis apabila orang lain yang menasihati mereka?” Ayahnya menjawab:” Wahai puteraku! Tidak sama ratapan seorang ibu yang ditinggal mati anaknya dengan ratapan wanita yang dibayar (untuk meratap). (Hilyah Tholibil ‘Ilmi, Bakr Abu Zaid hal: 9-10)


Kedua: Memberantas Kebodohan Dirinya dan Orang Lain

Hendaklah dalam menuntut ilmu berniat untuk memberantas kebodohan dari dirinya dan dari orang lain, kerana pada dasarnya manusia itu jahil (bodoh), sebagaimana firman Allah:

ayat212.jpg

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An Nahl:78)


Imam Ahmad rahimahullah berkata:

“Ilmu itu tiada bandingannya bagi orang yang niatnya benar.” Mereka bertanya: ”Bagaimanakah hal itu?” Beliau menjawab: “Berniat memberantas kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.” (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 26-27)


Ketiga : Membela Syariat

Hendaklah dalam menuntut ilmu berniat membela syariat, kerana kitab-kitab tidak mungkin boleh membela syariat. Tiadalah yang membela syariat melainkan para pencinta syariat. Disamping itu, bid’ah juga selalu muncul silih berganti yang ada kalanya belum pernah terjadi pada zaman dahulu dan tidak ada dalam kitab-kitab sehingga tidak mungkin membela syariat kecuali para penuntut ilmu. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 27-28).

Alangkah banyaknya kitab dan alangkah banyak pula perbezaan didalamnya! Seorang muslim tidak lagi tahu apa yang harus ia ambil dan apa yang harus ia tinggalkan? Dari mana memulai dan dimana berakhir! (Wasiyyatu Muwaddi’, Husain Al ‘Awayisyah hal :29-30).


Keempat : Berlapang Dada Dalam Masalah Khilafiyah (Perbedaan Pendapat)

Kita perlu berlapang dada dalam perselisihan pendapat selagi tidak bertentangan dengan akidah kita seperti yang dinyatakan dalam kitab (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 28-29) sesiapa yang menyelisihi jalan salafus soleh dalam masalah aqidah maka hal ini tidak boleh diterima dan ditolelir.


Kelima : Mengamalkan Ilmu atau Zakat Ilmu

Hendaklah para penuntut ilmu mengamalkan ilmunya, baik berupa aqidah, ibadah, akhlak, adab dan muamalah, kerana hal ini adalah merupakan hasil dan buah dari ilmu itu. Pencinta ilmu itu seperti pembawa senjata; Kadang2 berguna dan kadang2 pula boleh mencelakakan sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:

Al Qur’an itu membelamu atau mencelakakanmu.” (HR. Muslim)

Membelamu bermksud apabila kamu amalkan dan mencelakakanmu bermaksud apabila tidak kamu amalkan. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:32)

Kerana keutamaan ilmu itulah ia semakin bertambah dengan banyaknya nafkah (diamalkan dan diajarkan) dan berkurang apabila kita saying (tidak diamalkan dan diajarkan) serta yang merusaknya adalah al kitman (menyembunyikan ilmu). (Hiyah Tholibil Ilmi, Bakr Abu Zaid hal :72)


Keenam : Berdakwah Kepada Allah


Allah berfirman:

ayat310.jpg

Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. Ali Imran:104)

Hendaklah mendakwahkan ilmunya kepada Allah dalam berbagai kesempatan, baik di masjid, di majlis-majlis, di pasar dan diberbagai kesempatan. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :37-38).


Ketujuh : Hikmah

Hendaklah menghiasi dirinya dengan hikmah. Apabila kita menempuh cara ini pastilah kita mendapatkan kebaikan yang sangat banyak, sebagaimana firman Allah:

ayat48.jpg

“Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak.” (QS. Al Baqarah:269)


Al Hakim (orang yang bijaksana) adalah orang yang menempatkan sesuatu pada tempatnya. Allah telah menyebutkan tingkatan-tingkatan dakwah dalam firman-Nya :

ayat57.jpg

Serulah (manusia) kejalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An Nahl:125)

Dan Alla menyebutkan pula tingkatan keempat tentang berdebat dengan ahli kitab dalam firman-Nya:

ayat65.jpg

Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang dzalim diantara mereka.” (QS. Al ‘Ankabut:46)

(Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:37-38)


Kelapan : Sabar Dalam Menuntut Ilmu


Hendaklah sabar dalam menuntut ilmu, tidak terputus (ditengah jalan) dan tidak pula bosan, bahkan terus menerus menuntut ilmu semampunya. Kisah tentang kesabaran slafush shalih dalam menuntut ilmu sangatlah banyak, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhuma bahwa beliau ditanya oleh seseorang: “Dengan apa anda bisa mendapatkan ilmu?” Beliau menjawab: “Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang selalu memahami serta badan yang tidak pernah bosan.” (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:40 dan 61)

Bahkan sebagian dari mereka (salafus shalih) merasakan sakit yang menyebabkannya tidak bisa bangun dikarenakan tertinggal satu hadits saja. Sebagaimana terjadi kepada Syu’bah bin al Hajjaj rahimahullah, ia berkata: “Ketika aku belajar hadits dan tertinggal (satu hadits) maka akupun menjadi sakit.”

Barangsiapa mengetahui keutamaan ilmu dan merasakan kelezatannya pastilah ia selalu ingin menambah dan mengupayakannya, ia selalu lapar (ilmu) dan tidak pernah keying sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:

Ada dua kelompok manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu tidak pernah keying dan orang yang lapar dunia tidak pernah keying pula.”

(HR. Al Hakim dll dengan sanad tsabit) (Hilyah al ‘Alim al Mu’allim, Syaikh Salim al Hialaliy hal 22-23)

Abu al ‘Aliyah rahimahullah menuturkan:”Kami mendengar riwayat (hadits) dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sedang kami berada di Basrah (Iraq), lalu kamipun tidak puas sehingga kami berangkat ke kota Madinah agar mendengar dari mulut mereka (para perawinya) secara langsung.” (‘Audah ila as Sunnah, Syaikh Ali Hasan al Atsariy hal 44).


Kesembilan : Menghormati dan Menghargai Ulama

Hendaklah para penuntut ilmu menghormati dan menghargai para ulama dan berlapang dada dalam menyikapi perbedaan pendapat diantara mereka serta memberi udzur (alasan) kepada para ulama yang menurut keyakinan mereka telah berbuat kesalahan. Ini adalah masalah yang sangat penting, karena sebagian orang sengaja mencari-cari kesalahan orang lain untuk menjatuhkan mereka dimata masyarakat. Ini adalah kesalahan terbesar. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 41).

Hendaklah menghormati majlis (ilmu) dan menampakkan kesenangan terhadap pelajaran serta mengambil faedahnya. Apabila seorang syaikh (guru) melakukan suatu kesalahan atau kekeliruan maka janganlah hal itu membuatnya jatuh dihadapanmu, karena hal ini menjadikanmu tidak lagi mendapatkan ilmunya. Siapasih orang yang tidak pernah berbuat kesalahan.?

Jangan sekali-kali memancing kemarahannya dengan “Perang urat syaraf”, yaitu menguji kemampuan ilmu dan kesabarannya. Apabila hendak berguru ke orang lain maka mintalah ijin kepadanya, karena hal ini menjadikannya selalu menghormatimu, semakin cinta dan saying kepadamu.” (Hilyah Tholibil ‘Ilmi, Bakr Abu Zaid hal:36).


Kesepuluh : Memegang Teguh Al Kitab dan As Sunnah

Wajib bagi para penuntut ilmu untuk mengambil ilmu dari sumbernya yang tidak mungkin seseorang sukses bila tidak memulai darinya, yaitu:

1. Al-Qur’anul Karim; Wajib bagi para penuntut ilmu untuk berupaya membaca, menghafal, memahami dan mengamalkannya.

2. As Sunnah As Shahihah; Ini adalah sumber kedua syariat Islam (setelah Al Qur’an) dan penjelas al Qur’an Karim.

3. Sumber ketiga adalah ucapan para ulama, janganlah anda menyepelekan ucapan para ulama karena mereka lebih mantap ilmunya dari anda.

(Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hl :43,44, dan 45)


Kesebelas : At Tatsabbut dan Ats Tsabat

Termasuk adab terpenting yang wajib dimiliki oleh penuntut ilmu adalah; At Tatsabbut. Yang dimaksud dengan At Tatsabbut adalah berhati-hati dalam menukil berita dan ketika berbicara.

Adapun ats tsabat adalah sabar dan tabah untuk tidak bosan dan marah, dan agar tidak mengambil ilmu hanya secuil-secuil saja lalu ia tinggalkan, karena hal ini berdampak negatif dan menyia-nyiakan waktu tanpa faedah. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hl :50)


Keduabelas : Berupaya Untuk Memahami Maksud Allah dan Rasul-Nya

Termasuk adab terpenting pula adalah masalah pemahaman tentang maksud Allah dan juga maksud Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam; Karena banyak orang yang diberi ilmu namun tidak diberi pemahaman. Tidak cukup hanya menghapal al Qur’an dan hadits saja tanpa memahaminya, jadi harus dipahami maksud Allah dan Rasul-Nya Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Alangkah banyaknya penyimpangan yang dilakukan oleh kaum yang berdalil dengan nash-nash yang tidak sesuai dengan maksud Allah dan Rasul-Nya Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sehingga timbullah kesesatan karenanya. Kesalahan dalam pemahaman lebih berbahaya dari pada kesalahan dikarenakan kebodohan. Seorang yang jahil (bodoh) apabila melakukan kesalahan dikarenakan kebodohannya ia akan segera menyadarinya dan belajar, adapun seorang yang salah dalam memahami sesuatu ia tidak akan pernah merasa salah dan bahkan selalu merasa benar. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :52)

Inilah sebagian dari adab yang harus dimiliki oleh para penuntut ilmu agar menjadi suri tauladan yang baik dan mendapatkan kesuksesan di dunia dan di akhirat, amien.


Maraji’:

Al Qur’anul Karim dan Terjemahannya, hadiah dari kerajaan Saudi Arabia.

Kitab Al Ilmi, karya Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin

Hilyah Tholibil Ilmi, karya Syaikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid

Hilyatul ‘Alim Al Mu’allim Wa Bulghatu Ath Thalib Al Muta’allim, karya Syaikh Salim bin Ied al Hilaliy

‘Audah ‘Ila As Sunnah, karya Syaikh Ali Hasan al Attsariy

Washiyyatu Muwaddi’, karya Syaikh Husain bin ‘Audah al ‘Awayisyah

Dikutip dari salah satu materi Pengajian Umum “Indahnya Islam” pada tanggal 22-24 Mei 2005 bertempat di Masjid Raden Patah Universitas Barwijaya, Malang Jawa Timur

ISLAM JALAN PENYELESAIAN

Assalamualaikum wbt...

Muslimin sekalian!


Rasulullah SAW telah berjaya mewujudkan perpaduan di dalam erti kata yang sebenarnya di Madinah selepas berlakunya hijrah di atas asas perpaduan iman dan perpaduan Islam.

Perpaduan Islam adalah satu perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan dan juga merupakan satu nikmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Islam sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika kamu dahulunya bermusuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat itu bersaudara mara. Dan dahulunya kamu berada di tepi gaung neraka, maka Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu mendapat petunjuk."
Rasulullah SAW berjaya melahirkan perpaduan Islam yang berdasarkan kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Penduduk asal Madinah, golongan Aus dan Khazraj telah disatukan oleh Rasulullah SAW, sedangkan sebelum mereka memeluk Islam, mereka berpecah dan sentiasa berperang di antara satu sama lain.

Perpaduan di antara golongan Muhajirin, iaitu golongan yang berhijrah daripada Makkah ke Madinah kerana membawa agama dan mempertahankan aqidah di dalam hati mereka, dan golongan Ansar, iaitu penduduk Madinah yang memeluk Islam, yang sanggup menggadaikan harta benda, tanah air dan nyawa mereka kepada Islam dan perpaduan itu juga dibina di atas dasar Islam, bukan di atas dasar warna kulit dan keturunan.

Muslimin sekalian!

Mereka melaksanakan perintah Allah SWT ke atas mereka:

"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara
dua saudara kamu."

Dengan berdasarkan perpaduan Islam, umat Islam dapat berdiri teguh di Madinah dan dapat menguasai negara Madinah yang di dalamnya terdiri daripada berbagai bangsa yang menganut berbagai agama. Syariat Islam dapat dilaksanakan menyebab rakyat bukan Islam boleh duduk aman di dalam Negara Islam.

Pada hari ini pula, berbagai-bagai ideologi dan fahaman yang direka oleh manusia untuk menyatupadukan sesama mereka. Ada yang berkata, perpaduan itu mestilah di atas dasar keturunan dan warna kulit. Ada yang berkata, perpaduan itu mestilah di atas dasar sempadan negeri dan negara. Ada yang berpendapat bahawa perpaduan itu mestilah di atas dasar ekonomi dan lain-lain lagi.

Semua dasar perpaduan ciptaan manusia itu tidak kekal dilaksanakan. Ini kerana manusia bukannya bahan mentah seperti kayu, batu dan besi yang boleh dilonggok dan dikumpulkan begitu sahaja, tetapi manusia adalah makhluk yang mempunyai naluri dan perasaan yang dicipta oleh Allah SWT. Maka tidak akan wujud perpaduan melainkan dengan ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.

Tuhan yang menjadikan manusia dan Maha Mengetahui sifat-sifat dan perangai manusia. Di atas dasar Islam, umat Islam berjaya memerintah dunia beratus-ratus tahun lamanya, bermula daripada zaman Rasulullah SAW sehingga jatuhnya Kerajaan Uthmaniah di Turki pada tahun 1924 masehi. Kejatuhan umat Islam bukan kerana kelemahan umat Islam sendiri dengan sebab mereka meninggalkan ajaran Islam.

Berbeza dengan ideologi ciptaan manusia. Ideologi tersebut gagal kerana kelemahannya sendiri kerana bukan daripada Allah SWT. Lihat ideologi komunis yang diamalkan di Negara Rusia yang gagal dilaksanakan hanya beberapa puluh tahun selepas ianya diperkenalkan.

Demikianlah kegagalan ideologi komunis di Negara China dan beberapa buah lagi Negara Komunis. Demikianlah ideologi dan fahaman kapitalis di negara-negara barat juga gagal dilaksanakan. Walaupun berlaku perkembangan ekonomi dan teknologi di negara-negara barat tetapi akhlak dan budaya rakyat menjadi rosak dan manusia sudah tidak lagi mengenal Tuhan mereka.

Negara-negara maju di barat sekarang ini sedang menunggu saat kehancuran. Menjadi kewajiban kepada umat Islam untuk kembali semula kepada ajaran Islam untuk mengembalikan perpaduan dan kekuatan mereka setelah dilanda oleh berbagai-bagai bencana pada hari ini.

Selagi umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam, jangan diharap mereka dapat kembali kepada perpaduan dan jangan diharap mereka berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku ke atas mereka pada hari ini. Islam adalah jalan penyelesaian segala masalah umat Islam.

Lari daripada ajaran Islam bermakna lebih menambahkan lagi masalah-masalah tersebut, bahkan akan lahir lagi masalah yang tidak terfikir oleh umat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam Islam. Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah (Islam) dan jangan kamu berpecahbelah."

Monday, May 4, 2009

Ayuh Tarbiyah Diri...!!!

Bismillahirrahmanirrahiim....


Ikhlas adalah satu kata yang sangat mudah diucapkan oleh setiap orang, termasuk orang munafik dan kafir sekalipun. Tetapi sebenarnya kata inilah yang paling berat dan paling sulit untuk direalisasikan. Kekadang para daie mampu menjaga keikhlasan di awal perjalanan, tetapi di tengah jalan berbagai macam ujian dan cubaan menghadangnya sehingga dia menjadi lemah, luntur dan jatuh dalam sumur riya’ dan ujub. Na’udzubillahi min dzaalik.


Akumulasi dari hati yang bersih dan akhlak yang terpuji menyatu pada keikhlasan. Sementara, tanpa keikhlasan tidak ada lagi hati dan akhlak. Hati kosong dan gersang menjadi sarang penyakit. Mulut mengeluarkan kata-kata tanpa makna. Anggota badan bekerja bagai robot kasar tanpa rasa dan hati. Sampai-sampai orang yang sehebat Umar bin Abdul ‘Aziz r.a. pun sangat takut akan penyakit riya’. Ketika ia berceramah kemudian muncul rasa takut dan penyakit ujub, segera ia memotong ucapannya. Dan ketika menulis karya tulis dan takut ujub, maka segera merobeknya. Lalu bagaimana mungkin seorang yang disebut daie berceramah berlama-lama sementara panggilan azan tidak dihiraukan dengan alasan murahan:

Tanggung! Ingat, “Kemudian datanglah setelah mereka, pengganti yang mengabaikan solat dan mengikuti keinginannya (syahwat), maka mereka kelak akan tersesat.” (Maryam: 59)

Keikhlasan merupakan mutiara mahal yang harus dimiliki setiap mukmin dan para daie. Mutiara yang harus sentiasa dibersihkan dari berbagai macam kotoran dan debu. Apatah lagi bagi qiyadah dakwah. Jundiyah muthi’ah (ketentaraan yang taat) dan qiyadah mukhlishoh (kepemimpinan yang ikhlas) itulah kedua pilar utama gerakan Islam. Keduanya harus berjalan secara padu dan harmoni untuk meraih keberjayaan harakah dakwah di medan kehidupan.


Keikhlasan membuat beban menjadi ringan, kesusahan menjadi penghibur, musibah menjadi pembersih hati, penjara menjadi madrasah, pengusiran menjadi rehlah gerakan, harta menjadi jalan sumbangan yang signifikan, dan kekuasaan menjadi amanah perjuangan. Sungguh indah kata-kata mutiara Ibnu Taimiyah yang diungkapkan secara jujur, “Penahananku adalah perenungan, pengusiranku adalah tamasya, dan pembunuhanku adalah syahid.”

Sesungguhnya pohon keikhlasan akan menghasilkan buah keikhlasan: manis, indah, dan menyenangkan. Kerana berasal dari pohon yang baik, akarnya kuat dan kukuh sedangkan cabangnya menjulang ke langit, menghasilkan buahnya setiap saat. Firman Allah,”Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat” (Surah Ibrahim: 24-25)

1. Sampai Pada Hakikat Islam, Iaitu Penyerahan Sepenuhnya Kepada Allah.

Berkata Ibnul Qoyyim, “Meninggalkan syahwat karena Allah adalah jalan paling selamat dari azab Allah dan paling mudah meraih rahmat Allah. Perbendaharaan Allah, perhiasan kebaikan, lazatnya ketenangan, dan rindu pada Allah, senang dan damai dengan Allah tidak akan diraih oleh hati yang di dalamnya ada sekutu selain Allah, walaupun dia ahli ibadah, zuhud, dan ilmu. Kerana Allah menolak menjadikan perbendaharaannya bagi hati yang bersekutu dan cita-cita yang berserikat. Allah memberikan perbendaharaan itu pada hati yang melihat kefakiran, kekayaan bersama Allah; kekayaan, kefakiran tanpa Allah; kemuliaan, kelemahan tanpa Allah, kehinaan, kemuliaan bersama Allah, kenikmatan, azab tanpa Allah dan adzab adalah kenikmatan bersama Allah.”

2. Selamat Dari Cinta Harta, Kedudukan dan Kemahsyuran.

Dari Ka’ab bin Malik r.a., Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah dua serigala lapar dikirim ke kambing lebih merusak melebihi cita-cita seseorang terhadap harta dan kedudukan.” (HR At-Tirmidzi). Ka’ab bin Malik adalah seorang sahabat yang tidak ikut Perang Tabuk kerana bersantai-santai. Akibatnya dia mendapat hukuman yang berat, diboikot Rasulullah saw. dan para sahabat selama 50 hari. Tapi dia jujur dan mengatakan apa adanya pada Rasulullah saw., tidak seperti yang dilakukan oleh kaum munafik. Pada saat kondisi sulit dan dunia terasa sempit, muncul tawaran suaka politik dari Raja Ghasan. Ka’ab ikhlas menerima ujian itu dan menolak segala tawaran politik Raja Ghasan dengan segala kemewahan dan kemahsyurannya. Dan dia selamat, lebih dari itu peristiwa ini diabadikan dalam Al-Qur’an.

3. Bebas Dari Perbuatan Buruk Dan Keji.

Nabi Yusuf a.s. adalah salah satu contoh yang diselamatkan Allah swt. dari perbuatan keji berkat keikhlasan beliau. Firman Allah, “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tiada melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih”. (Surah Yusuf: 24).

4. Ikhlas Menjadikan Amal Dunia Secara Umum Sebagai Ibadah Yang Berpahala.

Sesungguhnya banyak sekali amal umum yang jika kita niatkan karena Allah maka akan berpahala. Memberi makan, nafkah, dan menyalurkan hasrat seks pada isteri, bersenda gurau dengan anak isteri, bersukan, rekreasi yang sehat, makan dan minum secara umum. Dari Abu Dzar r.a., sejumlah sahabat Rasulullah saw. berkata pada beliau, “Wahai Rasulullah saw., para hartawan itu pergi dengan banyak pahala. Mereka mengerjakan shalat sebagaimana kami shalat, mengerjakan puasa sebagaimana kami puasa, dan bersedekah dengan kelebihan harta yang mereka miliki (sedang kami tidak mampu).”

Beliau bersabda, “Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kalian yang dapat kalian sedekahkan? Sesungguhnya setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah bagi kalian, setiap takbir (Allahu Akbar) sedekah bagi kalian, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah bagi kalian, setiap tahlil (laa ilaaha illallah) adalah sedekah bagi kalian. Amar ma’ruf adalah sedekah, nahi mungkar sedekah, dan bersetubuh adalah sedekah pula.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah di antara kami apabila menyalurkan syahwatnya (kepada isteri) juga mendapat pahala?” Jawab beliau, “Tahukah kalian, jika dia menyalurkannya pada yang haram (berzina), bukankah baginya ada dosa? Demikian pula jika ia menyalurkannya pada yang halal, maka baginya berpahala.” (HR Bukhari dan Muslim)

5. Keluar Dari Setiap Kesempitan.

Kisah tiga orang yang terjebak dalam gua bukanlah sekadar kisah penglipur lara atau kisah pengantar tidur yang tiada makna. Tiga orang yang mempersembahkan amalan unggulannya: pertama, birrul walidain; kedua, wafa terhadap pegawainya; dan ketiga, pengendalian syahwat yang luar biasa. Keajaiban itu terjadi karena buah keikhlasan dan keajaiban itu dapat berulang setiap saat, jika syaratnya dipenuhi: ikhlas.Ada banyak sekali daftar kesempitan pada umat Islam. Kesempitan kemiskinan, kekurangan, lapangan kerja, fitnah teroris, korupsi, perzinaan dan pemerkosaan, mafia peradilan dan banyak lagi butir-butir kesempitan. Sehingga untuk keluar dari semua kesempitan itu, diperlukan bukan hanya tiga orang yang ikhlas, tetapi sepuluh, seratus, seribu, sejuta, sepuluh juta, seratus juta, dan bahkan lebih dari itu.

6. Kemenangan Dari Tipu Daya Syaitan.


Diriwayatkan dari Al-Hasan berkata, “Ada sebuah pohon yang disembah manusia selain Allah. Maka seseorang mendatangi pohon tersebut dan berkata, ‘Saya akan tebang pohon itu.’ Maka ia mendekati pohon tersebut untuk menebangnya sebagai bentuk marahnya karena Allah. Maka syaitan menemuinya dalam bentuk manusia dan berkata, ‘Engkau mahu apa?’ Orang itu berkata, ‘Saya hendak menebang pohon ini kerana disembah selain Allah.’ Syaitan berkata, ‘Jika engkau tidak menyembahnya, maka bukankah orang lain yang menyembahnya tidak membahayakanmu?’ Berkata lelaki itu, “Saya tetap akan menebangnya. ’Berkata syaitan, ‘Mahukah aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik bagimu? Engkau tidak menebangnya dan engkau akan mendapatkan dua dinar setiap hari. Jika engkau bangun pagi, engkau akan dapatkan di bawah bantalmu.’ Berkata si lelaki itu, ‘Mungkinkah itu terjadi?’ Berkata syaitan, ‘Saya yang menjaminnya.’ Maka kembalilah lelaki itu, dan setiap pagi mendapatkan dua dinar di bawah bantalnya.

Pada suatu pagi ia tidak mendapatkan dua dinar di bawah bantalnya, sehingga marah dan akan kembali menebang pohon. Syaitan menghadangnya dalam wujud aslinya dan berkata, ‘Engkau mau apa?’ Berkata lelaki itu, ‘Saya akan menebang pohon ini karena disembah selain Allah.’ Berkata syaitan, ‘Engkau berdusta, engkau akan melakukan ini kerana diputus jalan rezekimu.’ Tetapi lelaki itu memaksa akan menebangnya, syaitan memukulnya, mencekik dan hampir mati, kemudian berkata, ‘Tahukah kau siapa saya?’ Maka ia memberitahukan bahawa dirinya adalah syaitan. Syaitan berkata, ‘Engkau datang pada saat pertama, marah karena Allah. Sehingga saya tidak mampu melawanmu. Oleh kerana itu saya menipumu dengan dua dinar. Dan engkau tertipu dan meninggalkannya. Dan pada saat engkau tidak mendapatkan dua dinar, engkau datang dan marah karena dua dinar tersebut, sehingga saya mampu mengalahkanmu.’”

7. Meraih Kecintaan Allah.

Ketika orang beriman beribadah, baik ibadah yang wajib maupun sunnah, dan dilakukan dengan ikhlas hanya karena Allah, pasti mereka meraih kecintaan Allah. Merekalah kekasih-kekasih Allah. Disebutkan dalam hadits Al-Qudsyi, “Jika hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri pada-Ku dengan yang sunnah, maka Aku mencintainya.” (HR Al-Bukhari)

8. Meraih Kecintaan Manusia.

Ketika Allah sudah mencintai hamba-Nya, maka seluruh makhluk dapat digerakkan untuk mencintai hamba tersebut. Rasulullah saw. bersabda, “Jika Allah Ta’ala mencintai seorang hamba, Allah memanggil Jibril, ‘Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.’ Jibril pun mencintai Fulan. Kemudian Jibril memanggil penduduk langit, ‘Sesungguhnya Allah mencintai Fulan. Oleh kerana itu cintailah Fulan.’ Maka penduduk langit mencintai Fulan. Kemudian ditetapkan baginya penerimaan di bumi.” (Muttafaqun ‘alaihi).

9. Meraih Kemenangan di Dunia dan Pahala Yang Besar di Akhirat.

Orang beriman tentulah orang yang ikhlas dan berhak mendapat kemenangan dunia dan pahala besar di akhirat kelak. Firman Allah,

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman” (Surah Ash-Shaff: 10-13)


Semoga Allah Ta’ala sentiasa menjaga keimanan kita, menjaga keikhlasan kita dalam beribadah, berdakwah, dan berjihad. Amiin...

Sunday, May 3, 2009

APA Peranan K.I.T.A.!!!

Saat demi saat berlalu, setitis demi setitis darah saudara kita yang berada di Palestin, Iraq, dan Afghanistan ditumpahkan. Segolongan besar tidak sedar akan hal ini, dan apa kurangnya bagi yang sedar, hanya mampu menangis dan berdoa untuk mereka. Kita tidak mampu bangkit mengangkat pedang menentang golongan kafir sepertimana Mus’ab bin Umair melindungi panji Islam. Kita lalai dengan zon selesa yang diberikan dan tidak sedar bahawa zon selesa boleh bertukar menjadi zon ‘merah’ secara tiba-tiba.

Perang saraf yang dirancang berjalan dengan lancar sehingga mereka mampu menyebabkan kita mengubah huruf alif ‘ěž’ kepada huruf ‘A’ dan penindasan terhadap orang islam dikatakan perkara rutin. Mata ini hanya mampu melihat anak-anak kita disepak-sepak, gadis-gadis kita diratah-ratah dan pemuda-pemuda kita di’anjing-anjing’kan oleh golongan yang dahulunya pernah menuntut ilmu dari kita, menjadikan kita sebagai ikutan dan contoh pada zaman Abbasiyah. Saksikanlah! Bagaimana keadaan kita pada zaman ini! Sungguh! Apabila dikatakan perkataan Islam pada mereka, ‘Cis! Ajaran pengganas!’

Persoalannya, bukan “Mengapa terjadinya perkara ini?”, tetapi “Bagaimana terjadinya perkara ini?”.

Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya umat akhir zaman umpama buih-buih di lautan, banyak, tetapi hancur apabila dihempas ombak.” Rentetan kewafatan Nabi Muhammad, bermulalah era umat akhir zaman. Islam berkembang pesat melalui pentadbiran berlandaskan syariah oleh Khulafa Ar-Rasyidin hingga ke Empayar Turki Uthmaniah. Langit tidak selalu cerah, pembai’ahan Kamal Attartuk iaitu seorang sekularisme, membezakan antara dunia dan akhirat, sebagai pemimpin Turki, menamatkan kegemilangan umat Islam dengan pemansuhan sistem khalifah, pengubahan bahasa Arab dan pengharaman pemakaian hijab. Maka, bermulalah era penderitaan umat islam.

Tetapi, tidak lama selepas itu, cahayaNya tidak pernah padam, datangnya dari Mesir, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul-Muslimin, menyimpulkan kembali hati-hati yang sudah terlerai. Perjuangan beliau terhenti setelah beliau dibunuh oleh askar Raja Farouk. Beliau menggariskan 7 faktor-faktor kejatuhan umat Islam, antaranya, percakaran politik, semangat assobiah, perebutan kuasa, perselisihan soal agama, bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan terutama dikalangan pemerintah. Hati insan yang dahulunya menyintai Maha Pengasih melebihi kekasih sudah berubah. Arak, perempuan dan judi mula digilai. Mengapa?!

Kerana Al-Quran bukan lagi perlembagaan hidup kita! Nilailah diri kita sendiri, di manakah letaknya kita? ‘Assignment’, ‘chatting’, ‘couple’ dan sebagainya menyebabkan kita lupa pada Sang Pemberi, kita lupa apa tujuan kita hidup, kita lupa bahawa semua ini adalah pinjaman sementara.

Dulunya, dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, kita dihormati, disegani dan ditakuti, sehinggakan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abu Talib, apabila berlakunya konflik dengan Muawiyyah dan ketika itu tentera Kristian cuba mengambil kesempatan, Muawiyyah mengutuskan surat kepada Maharaja Kristian tersebut; “Jangan kau tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, nescaya kau akan lihat orang yang menghukummu itu adalah Muawiyyah.” Akhirnya, tentera Kristian berundur kerana ketakutan. Nah! Kafir yang berundur kerana ketakutan inilah yang sudah memijak-mijak kita sekarang.

Mungkin atas kenikmatan, kesenangan yang kita miliki ini, mungkin menjadi hijab bagi kita untuk merasakan bahaya yang sebenar disebaliknya. Apakah kita masih ingin duduk, meminum kopi, dan bergoyang kaki sambil bergelak ketawa. ‘Enjoy when you are still young, Nevermind!’

Adakah mustahil bagi kita untuk menegakkan kembali syiar Islam di dunia ini? Ini semua bukan ditentukan oleh kita sebaliknya Allah S.W.T. Bukankah ini satu kewajipan bagi kita? Ataupun mungkin sekurang-kurangnya kita dapat melaksanakan seperti apa yang diperkatakan oleh Abdul Wahab Azam iaitu, “usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah seperti mana kata Syakib; ‘Tiada cara lain. Ia adalah khemah tanzim dan penyusunan barisan terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan perhimpunan atau seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemahmu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung didalam khemah itu.”

Friday, May 1, 2009

Ini Sejarah Kita ( ISK )

APA ITU ISK ?

Ramai yang tanya kepada saya, apa itu ISK?
Saya pun sebenarnya baru setahun mengenali istilah ini.
Sebelum ni dalam usrah saya tidak pernah pun menyebut perkataan ISK.
Tapi, bila masuk IPBA, sekarang dah bertukar nama kepada IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa baru saya dengar istilah ini waktu orientasi pelajar baru.

Secara ringkasnya, ISK sebenarnya merupakan koleksi kisah-kisah yang berlaku dalam sejarah kita sebagai seorang muslim. Ia merangkumi sirah kebangkitan, kejatuhan, permulaan, penipuan, kelemahan dan pelbagai lagi berkaitan tentang kaum Mukminun.


Sesuai dengan firman Allah swt.,

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal …” (Yusuf: 111)


MORE...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...