"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Sunday, January 23, 2011

SYAHADATUL HAQ


Bismillah

Alhamdulillah, hujung minggu ni(22-23 Januari 2011), Allah telah mengurniakan masa untuk mendengar tentang Syahadatul Haq(SH) di Serdang bersama2 ikhwah dari IPGKBA, UPM, UNiKL, KPTM dll. SH ini telah disampaikan oleh Akhi Adam Effendy (baru blk dari UK).

Apa itu Syahadatul Haq?
Pernahkah anda mendengar tentang Syahadatul Haq?
Rasenye ramai yg dah dengar tentang kalimah ini cume xtau or xprasan yang selalu disebut2 itu adalah SH. Kalimah tersebut ialah :


Maksudnya : "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."

Dari segi bahasa ;

Syahadah- penyaksian
Al-Haq - kebenaran
So, Syahadatul Haq(SH) = "Penyaksian Terhadap Kebenaran"


SH bermaksud pengakuan sebenar bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah islamiyyah.


“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat, malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Ringkasnya, kita perlu melaksankan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.


Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardu, kita masih belum dikira sebagai melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !


Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.

Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia, melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka. Allah Taala berfirman:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.(Al-Baqarah:143)

Kalimah ummatan wasato atau umat pertengahan merujuk kepada tugas kita untuk menyampaikan dakwah ke seluruh manusia. Rasul menjadi saksi di atas segala perbuatan kita. Kita sebagai umat pertengahan perlu menyambung tugas dakwah Rasulullah dan kita menjadi saksi di atas segala perbuatan manusia lain.


Sebenarnya,

Besar x tanggungjawab kita?

Adakah kita telah melaksanakannya?

Kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja tanpa memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab yang penting ini.


Bagaimana pula jika kita menolak atau menyembunyikan syahadah ini?
Allah SWT berfirman :

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)

Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat selama-lamanya. Oleh itu mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh wahyu Allah.

Mereka adalah golongan yang engkar kepada untuk memikul beban dakwah ini tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.

Satu analogi yang boleh kita lihat dalam perihal menyembunyikan kebenaran ini;

Pn A menyaksikan satu kemalagan jalan raya diantara seorang perempuan yang mengandung dengan sebuah kereta. pemandu kereta itu melarikan diri. di sini Pn A merupakan saksi di atas kejadian tersebut. apakah akan berlaku kepada perempuan mengandung itu sekiranya Pn. A menyembunyikan kebenaran?Adakah nasib perempuan mengandung itu akan terbela?

Begitu juga dengan kita, sekiranya kita terus menyembunyikan kebenaran ini, manusia lain akan sentiasa berada di dalam kesesatan dan kerugian..

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

Sumber: Syahadah Al-Haq-Penyaksian Terhadap Kebenaran (Sheikh Abul Al-A'la Al-Maududi)

Monday, January 3, 2011

Mukhayyam Perdana 2010

Bismillah


Para Peserta


Serba sedikit tentang program ini...

Tarikh : 30/12/2010 - 2/1/2011

Tempat : Gunung Nuang, Selangor


Info Gunung Nuang
>>>From: wikipedia

Mount Nuang (Gunung Nuang) is located in Malaysia with the height of 1,493 metres (4,898 ft). Its peak borders Pahang dan Selangor state. The mountain itself is the highest point in Selangor and part of the Titiwangsa Mountains.

There are three hiking routes to the peak and all of them were built by Malaysian Department of Wildlife and National Parks. Two of them start in Selangor; one at Kuala Pangsoon in Hulu Langat and another at Kampung Kemensah in Gombak. The third path originates from Bukit Tinggi in Bentong, Pahang. Genting Highlands is visible at night from the peak.


Objektif Program:

1. Tarbiyah

2. Roh Pemuda

3. Ukhuwwah

4. Tafakkur Alam


>>>Insyaallah ana ingin berkongsi serba sedikit apa yang ana dapat daripada program Mukhayyam Perdana ini.

Program ini bermula pada 30hb. Kami berkumpul di Pejabat JIM Serdang. Seperti biasa, program dimulakan dengan sesi TA'RUF. Alhamdulillah dapat mengenali IKHWAH2 daripada pelbagai IPT/IPTS spt UNIM,KPJ,UPM,IPGKBA.

Jam 5 a.m 31/12/2010, kami berqiamullai di sebuah surau. Selepas solat subuh & membaca al-Mathurat, kami mendengar sedikit perkongsian/tazkirah daripada Akhi Faiz Fahmi.

Lepas solat Jumaat, kami bertolak ke Tapak Perkhemahan. Perjalanan dari pintu masuk Gunung Nuang ke Base Camp mengambil masa kira-kira 3 jam (3.45pm-6.45pm). Kami segera memasang khemah dan menghidupkan api. Kemudian kami menguruskan diri untuk solat Maghrib berjamaah. Setelah solat Isya', kami mendengar sedikit tazkirah. Kemudian kami mengisi perut kosong dengan 5 keping roti + 1 cawan teh.

Jam 11 malam, kami dikehendaki tidur. Giliran berjaga malam sudah dibahagikan. Ana dikehendaki berjaga pada jam 1.00 am - 2.00 am. bersama Rin. Walaupun agak susah untuk bangun, tetapi demi amanah ana menguatkan semangat untuk menjalankan "hirosoh".

Pada 1/1/11, seperti biasa kami berqiamullai pada jam 5am diikuti solat subuh, al-Mathurat, tazkirah & persiapan diri(makan,mandi dll).

Tepat jam 10.45 am, kami meneruskan perjalanan untuk menawan Gunung Nuang. Kami berhenti di Kem Pacat lebih kurang pada jam 12.30 t/hari - 1.30 pm untuk makan + tidur sekejap + menunaikan solat jamak zohor + asar.

Perjalanan diteruskan lagi walaupun badan masih letih. Di Kem Pengasih, kami berhenti seketika untuk berehat +makan + minum. Kemudian, kami meneruskan pendakian hingga ke puncak gunung. Akhirnya pada jam 4.44pm (1.1.11), semua peserta telah berjaya sampai di puncak gunung ini (Paling awal sampai jam 4.15pm). Ana adalah antara peserta yang terawal sampai. Anyway, TAHNIAH kepada semua. Berkat sokongan + semangat UKHUWAH, semua berjaya menawan gunung yang tertinggi di Selangor.

Setelah menikmati keindahan alam ciptaan Allah di puncak gunung, pada jam 5pm, kami mula menuruni semula gunung untuk balik ke Base Camp. Kami menuruni dengan penuh hati-hati kerana laluan agak licin & merbahaya setelah hujan turun lebih kurang 15minit. Kami berkumpul di Kem Pacat sementara menunggu Ikhwah yang belum sampai.

Setelah semua sampai di Kem Pacat, pada jam 7.10 pm kami meneruskan perjalanan ke Base Camp. Kali ini, perjalanan bertambah sukar kerana menuruni gunung pada waktu malam. Nasib baik majoriti peserta membawa lampu suluh. Walau bagaimanapun, berkat kesabaran & semangat ukhuwah, kami tiba di Base Camp pada jam 10.30 pm.

Kemudian, kami mengisi perut yang tersangat lapar dengan nasi impit + daging rebus. Untuk pengetahuan, semasa mendaki kami hanya membawa sibiji pisang + sebiji telur + sebungus roti + sebotol air + minuman&makanan penambah tenaga. Selepas itu, kami menunaikan solat jamak Isyak & Maghrib + Al-Mathurat.Then................SLEEP. (Hirosoh spt biasa)

Pada jam 5am,(2/1/11), spt biasa....Qiamullai + Solat Subuh + Al-Mathurat + Tazkirah. Kami diberikan masa untuk mandi+makan+persiapan diri sehingga jam 9.10 am. Selepas itu, kami mengemaskan khemah + membersihkan tapak perkhemahan. Jam 10.50am, kami mula turun ke tempat parking kereta & sampai pada jam 12.30 t/hari.

Ya Allah, Kuatkanlah Ukhuwah antara kami...

Ya Allah, Tetapkanlah diriku dalam IMAN & ISLAM...

Ya Allah, Jadikanlah aku termasuk dalam golongan yang diREDHAI & diRAHMATI olehMU...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...