"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Wednesday, November 24, 2010

Sedikit Perkongsian

Bismillah

Manusia secara fitrah adalah makhluk yang punya kecenderungan berbuat salah, berlaku dosa.

Itu memang betul. Dan betul juga bahawa Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang' Maha Pengampun segala Dosa.Dalam hal ni, saya rasa kita semua setuju.

Tapi tidak benar kalau Allah itu tidak mungkin marah. Salah besar kalau ada yang beranggapan bahawa Allah itu buta. Atau lebih dahsyat lagi, kalau kita fikir Allah itu lurus bendul!

Barangkali banyak yang lupa, dalam Al Quran, ayat tentang khabar gembira, selalu diikuti dengan peringatan. Basyiir wa Nazeer, kata ulama tafsir.

Allah dengan sifat penyayangnya tiak akan menghukum hambaNya pada saat maksiat dilakukan pertama kali. Setelah beberapa kali peluang, barulah peringatan akan datang. Manusia yang takut akan murka Allah akan bertaubat sejurus melakukan dosa. Mintalah dengan bersungguh sungguh, maka pasti Allah akan mengabulkannya.

Namun adakalanya manusia itu dapat menjadi kurang ajar, iaitu berbangga dengan dosa atau maksiat yang dilakukannya. Bukan bertaubat, malah diwar warkan kemaksiatan itu seolah olah seperti yang saya katakan tadi, Allah itu Buta.

Lebih biadap lagi, mereka kemudian bersikap seperti Allah itu lurus bendul, dengan menghias kemaksiatan mereka supaya kelihatan baik dengan ayat quran, kata kata islami atau yang sewaktu dengannya.

Sebagai seorang pemuda/pemudi, adalah satu hal yang nescaya untuk kita jatuh cinta, kepada lawan jenis. Itu adalah fitrah kita. Fitrah yang lahir dari nafsu, bukan dari hati. Allah tau bahawa nafsu sangat susah untuk dikawal, maka kerana itu Allah membataskan ruang gerak "so called"-cinta kita, hanya selepas di meterainya ikatan perkahwinan. Kerana, dalam fitrah manusia tanpa iman, cinta tanpa nikah, akan membawa kepada zina. Apa jua bentuknya.

Maka semua jalan menuju kearah sana diharamkan.

Tapi ya, sekali lagi sebab kita manusia, kita boleh terjatuh hati pada seseorang, tanpa dapat kita tahan tahan. Yang dapat membuatkan kita terfikir fikir tentang si dia, yang boleh membuatkan kita senyum sendiri macam orang gila.

Pada saat itu, ia belum menjadi sebuah dosa, setidaknya untuk mukmin marhain macam kita. Banyak islam sebut tentang bagaimana mendistract fikiran kita dari hal hal seperti itu, amal ibadah dan sebagainya. Intinya adalah, cukuplah sampai disni. Jika cara yang disebutkan nabi tidak berkesan, maka ketahuilah, Telah Sampai Seru untuk anda berkahwin!

Maka syaitan itu memang genius, maka digodalah kedua dua makhluk, lelaki dan perempuan, uda dan dara, romeo dan juliet. Menyukai dalam hati bukanlah sebuah kesalahan. Kesalahan terbesar bermula dikala anda mengungkapkannya kepada si pujaan hati sedangkan belum bersedia untuk berkahwin. Maksud saya berkahwin dalam masa terdekat, bukan 5 atau 10 tahun lagi. Waktu itu dosa dosa kecil, noda noda hitam dah mula bertumpuk dalam jiwa. Setiap kali melunakkan suara, setiap kali sms ayat berbunga, setiap kali keluar bersama, malaikat mencatat walaupun tidak terlihat dek pelupuk mata yang lainnya.

Maka, ternyata tujuan syaitan tak berhenti disini. Ini bukan end result yang mereka mahukan. Mereka mahu manusia berbangga dengan maksiatnya. Perlahan perlahan, rasa malu untuk hubungan itu diketahui yang lain dihilangkan. Kerana syaitan tahu, itu adalah pertahanan terakhir untuk iman. Sifat malu. Syaitan pun mula melakukan hasutan melibatkan banyak elemen. Antaranya supaya kawan kawan disekeliling mereka "menyakat" tentang hubungan tersebut. Mula mula dengan gediknya akan menafikan, lama kelamaan tersengih sengih kegirangan.

Yang akhirnya, DECLARElah mereka. Sudah tidak ada malu malu lagi. Bermula dengan update status di facebook ( in a relationship bagi kebanyakan, atau complicated bagi yang budget cool), mengupload gambar atau merealisasikan hal tersebut di alam nyata. Kalau dulu keluar dating sorok sorok, kalau bertembung dengan orang berpecah dulu sebelum membentuk formasi kembali, kini tidak lagi. Justeru kembang kuncup kalau ada yang mengatakan bagai pinang dibelah dua, merpati dua sejoli. Dari keluar secara berkumpulan, kemudian berduaan tapi masih tidak berpegang tangan, naik kenderaan bersama sama, ringan ringan, sebelum akhirnya, terlanjur dalam bercinta.

Saat itu, iman mereka seperti mengatakan Allah itu buta.

Namun ketika mereka mula menggunakan ungkapan ayat ayat al quran, hadith, lagu Maher Zain, lagu inteam , kisah kisah romantis berbau islami dalam hubungan cinta mereka, atau yang lebih advance, mungkin saling mengejutkan untuk solat atau puasa, maka disitulah tahap dimana mereka bertindak seolah olah Allah itu straight forward, lurus bendul. Berharap dosa mereka bertukar menjadi pahala. Adakah ia akan terjadi? Yes, in your dream.

Kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Jangan hairan kalau lagu lagu cinta jadi halal ketika kita menyanyikan buat isteri kita. Jangan juga pelik kalau lagu Maher Zain ; For the rest of my life, boleh jadi dosa mendengarnya jika ditujukan buat selain dari isteri kita yang sah.

Namun, selagi masih nyawa belum sampai di kerongkong, masih selalu ada pintu yang terbuka untuk kita. Bagaimana mungkin kita merasa tidak tebal muka, meminta bermacam macam selepas solat dalam doa, sedangkan hati kita tidak bersih dalam mentaatinya? Berhentilah bermaksiat, ucapkanlah kata kata taubat, diikuti hati dan anggota.Buat mereka yang telah berkahwin, beristighfar buat dosa dosa yang pernah dilakuka sebelum pernikahan, kerana akad nikah tidak menghapus dosa, yang hanya menghapuskan dosa itu cuma taubat nasuha.

Astaghfirullah Al Azeem

Laa ilaaha illa anta, inni kuntu minaz zolimeen...

Wednesday, November 10, 2010

Doa Buat Sahabat


Bismillah

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang Agong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...