"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Friday, February 26, 2010

I LOVE RASULULLAH SAW


Ya Rasulullah,
Sungguh engkau sangat mulia
Allah dan malaikat turut berselawat ke atasmu
Wahai orang mukmin
Selawatkanlah ke atas baginda
Sesungguhnya, syafaat baginda menantimu di Akhirat nanti.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


Wahai Nabi,
Engkau adalah cahaya daripada segala cahaya
Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia
Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin
Engkau juga anak kunci segala kemudahan.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


Engkau adalah Rasul pilihan
Pilihan Rasul yang awal dan akhir
Engkau adalah penyelamat umat
Engkau membawa rahmat dan berkat.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


Ibadahmu membayangkan kehambaanmu
Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu
Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah
Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah
Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua
Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431 H

Friday, February 19, 2010

Peringatan

mengejar dunia menyebabkan kaki tidak kuat lagi untuk melangkah
mengejar dunia menjadikan diri letih untuk terus mengejar
mengejar dunia pasti tiada penghujung

dunia sangat mengasyikkan
dunia amat menyenangkan
dunia penuh dengan khayalan
dunia sarat dengan persoalan

Hakikatnya dunia hanya permainan

mengapa kita terus mengejar dunia..walau kita tau tentang kepura-puraan dunia???

akhirat...akhirat memang pasti
akhirat sudah menanti
akhirat pasti terjadi
akhirat tempat hakiki
akhirat bukan fantasi
akhirat alam realiti

Hakikatnya akhirat kekal abadi

tapi kita..sering lupa pada akhirat...walau kita yakin itu tempat kembali.........

INGAT!!!

DUNIA itu jambatan AKHIRAT

dalam perjalanan melalui sebuah jambatan..kita perlu banyak bekalan
agar tidak tenggaelam dek keindahan dunia

dalam meniti sebuah jambatan pasti banyak dugaan dan rintangan
perlu kuat untuk gagahi setiap halangan

dalam melangkah ke alam hakiki...
kadang kala mungkin terjatuh, kadang kala mungkin disanjung
kadang kala mungkin merangkak..kadang kala mungkin berlari...

itulah realitiu sebuah kehidupan...

saat kita terjatuh kadang tak mampu untuk bangun kembali..

tika kita disanjung..datang pula bangga diri..menyebabkan lupa seketika pada Sang Pencipta

detik kita merangkak melalui sebuah perjalanan...perit...pedih...sakit...hingga tidak berdaya lagi untuk terus merangkak meniti hidup ini

waktu kita berlari melalui jalan2 kehidupan..bahagia..tenang..damai...gembira..terus menyelubungi hati...sekali lagi lupa pada ALLAH yang Maha Esa

Itulah manusia saat bahagia..lupakan Pemberi Kebahagiaan itu..

disaat berduka mengadu pada Pemberi Kedukaan...

akhlak hamba terhadap pencipta semakin pudar...dan kian hilang..
hilang rasa syukur, hilang rasa malu....

wahai diri..ayuh kita kembali pada fitrah seorang hamba
ayuh semai kembali akhlak terhadap pencipta kita..

Di saat bahagia mari kita bersyukur...
Tika berduka...bersabar...dan terus bersabar..Sabar itu sangat indah..

INGAT!!!

akhirnya kita akan menuju ke alam realiti..dan
kita akan tinggalkan alam fantasi ini....untuk selamanya

Sudah pasti kita semua mahu..
mengecapi kebahagiaan hakiki di alam yang kekal abadi..
Hidup perlukan pengorbanan..

Demi mencari kebahagiaan hakiki...
relakanlah diri mu untuk meninggalkan sejenak kebahagiaan fantasi ini..

bekorban demi yang kekal abadi...

Dunia ini hanya pinjaman...untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menetukan balasan syurga ataupun neraka..

Thursday, February 4, 2010

The Winner VS The Loser


The Winner is always part of the answer;
The Loser is always part of the problem.

The Winner always has a program;
The Loser always has an excuse.

The Winner says, "Let me do it for you;
The Loser says;" That is not my job."

The Winner sees an answer for every problem;
The Loser sees a problem for every answer.

The Winner says," It may be difficult but it is possible";
The Loser says, "It may be possible but it is too difficult."

When a Winner makes a mistake, he says," I was wrong";
When a Loser makes a mistake, he says," It wasn't my fault."

A Winner makes commitments;
A Loser makes promises.

Winners have dreams;
Losers have schemes.

Winners say," I must do something";
Losers say, "Something must be done."

Winners are a part of the team;
Losers are apart from the team.

Winners see the gain;
Losers see the pain.

Winners see possibilities;
Losers see problems.

Winners believe in win/win;
Losers believe for them to win someone has to lose.

Winners see the potential;
Losers see the past.

Winners are like a thermostat;
Losers are like thermometers.

Winners choose what they say;
Losers say what they choose.

Winners use hard arguments but soft words;
Losers use soft arguments but hard words.

Winners stand firm on values but compromise on petty things;
Losers stand firm on petty things but compromise on values.

Winners follow the philosophy of empathy: "Don't do to others what you would not want them to do to you";
Losers follow the philosophy, "Do it to others before they do it to you."

Winners make it happen;
Losers let it happen.


Tuesday, February 2, 2010

JOM MUHASABAH DIRI!


Bismillahirrahmanirrahiim...

Syukur kepada Allah swt kerana masih lagi diberikan masa dan tenaga untuk terus menulis.

Kali ini, topiknya agak simple tp cukup bermakna bg saya kerana kite ni manusia biasa, xboleh lari dari dosa. So, dengan muhasabahlah kite dapat tahu betapa banyak dosa @ pahala yg telah kite lakukan sepanjang hidup kite.


Apa Makna Muhasabah?


Muhasabah adalah perkataan bahasa Arab bermaksud penilaian diri.


Kata Imam al-Mawardi:


Muhasabah ialah seorang manusia menilai dirinya pada malam terhadap apa saja dilakukannya pada siang hari. Jika ia melakukan perkara yang terpuji maka ia akan meneruskannya dan jika ia melakukan perbuatan tercela, maka ia akan meninggalkannya dan tidak akan mengulanginya lagi".


Imam Ibnu Qayyim rahimahullah pula berkata:


Muhasabah ialah seorang hamba membezakan antara apa yang dibuat, sama ada mendapat pahala atau mendapat dosa, pekerjaan yang mendapat pahala akan diteruskan, manakala yang mendatangkan dosa ditinggalkan. Kerana ia umpama musafir yang bermusafir dalam perjalanan yang tidak akan kembali lagi".


Kepentingan muhasabah adalah suatu amalan yang sangat baik diamalkan kerana ia mempunyai faedah dan kebaikan yang akan memperkasa mukmin bertakwa.


Antara kebaikannya ialah
:
  • Dengan bermuhasabah setiap individu akan sentiasa waspada terhadap segala tingkah lakunya. Muhasabah akan membuatkan individu muslim sentiasa mempunyai ruang menginsafi diri dan bimbang akan nasib yang akan menimpanya di akhirat kelak. Manakala akibat dari meninggalkan muhasabah menyebabkan ramai yang alpa dan terus hilang rasa bimbang akan hari penghisaban yang akan dikendalikan oleh Allah , di mana kita tidak mempunyai peluang untuk menipu dan mengelak dari soalan berkenaan dengan amalan sepanjang kehidupan kita. Mereka akan terus tenggelam dan bergelumang dengan maksiat.
  • Muhasabah juga akan membuka ruang kepada setiap individu mengenali kelemahan diri sendiri serta kekurangan yang ada. Kerana barang siapa yang mampu mengenali kelemahan diri sendiri pasti akan dapat memupuk sifat rendah diri dan tawaduk. Ia juga akan dapat berusaha memperbaiki diri dengan menumpukan pada kelemahan yang sudah dikenal pasti pada dirinya.
  • Muhasabah diri juga akan membuka minda kita mengenali betapa besarnya nikmat dan kurniaan dari Allah kepada setiap individu. Di samping kita akan bertemu dengan kelemahan diri kita juga pastinya akan dapat membuat perbandingan betapa besarnya kurniaan Allah Taala kepada kita seperti nikmat sihat, zuriat, harta benda, pelajaran dan sebagainya yang tidak mampu kita hitung. Ia akan menjadikan individu bermuhasabah sentiasa bersyukur dan tunduk kepada ajaran Allah.
  • Muhasabah juga dapat menyucikan diri dari sebarang sifat hati yang tercela seperti riak (suka menunjuk-nunjuk), takabbur (rasa bongkak atau besar diri), hasad (dengki) dan sebagainya. Muhasabah diri akan dapat menyedarkan kita betapa busuknya hati kita yang tidak pernah puas hati dengan rakan sekerja dan kawan-kawan. Sifat tercela ini kemudian digantikan dengan hati dan jiwa yang bersih dengan perasaan rendah diri, hormat kepada orang lain dan merasakan gembira dengan nikmat yang dikecapi oleh mereka.
  • Muhasabah diri akan dapat menghidupkan jiwa yang mati dan akan dapat menyuburkan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri serta dapat membuat petimbangan yang teliti terhadap setiap gerak geri dan tingkah laku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...