"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Sunday, July 26, 2009

TANDA2 ANDA DILAMUN CINTA...

Apakah perasaan anda apabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..
Allah Rabbul jalil.
..!!!



Di sini akan kuungkaikan beberapa tanda jika anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.
  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.

  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.

  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya.

  • Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .

  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.

  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.



Monday, July 20, 2009

Hikmah Nabi diisrakkan ke Baitul Maqdis


OLEH : TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT

MUNGKIN ada pihak bertanya, Apakah hikmah Allah SWT tidak mikrajkan Nabi s.a.w. dari Masjid al-Haram di Makkah terus ke langit, tanpa melalui Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis? Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis itu mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah SWT, andainya Nabi s.a.w. dimikrajkan terus dari Masjidil Haram di Makkah tanpa singgah di Masjid al-Aqsa, maka sukar bagi umat Muhammad untuk memahami sejauh mana kelebihan masjid tersebut. Apabila ia dikaitkan dengan peristiwa israk mikraj dan Nabi s.a.w. mendirikan solat di masjid Al-Aqsa bersama para nabi yang lain, maka umat muslimin boleh merasai kehebatan dan kelebihannya melalui peristiwa tersebut.


Hikmah kedua Nabi s.a.w. diisrakkan ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ialah untuk menjelaskan tentang hubungan antara Nabi Isa a.s. seorang Nabi dan Rasul Allah mempunyai hubungan rapat dengan masjid tersebut, antara perkara yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai hubungan rapat dengan Nabi Isa a.s..


Berasaskan hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. bahawa kedua rasul itu membawa ajaran yang satu iaitu Islam yang berasaskan aqidah keTuhanan yang Esa. Dengan hujah dan dalil itu menunjukkan bahawa kedua-dua umat Nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi Isa a.s. adalah dari rumpun aqidah yang sama. Sewajarnya mereka tetap bersatu mendokong ajaran tauhid yang sama. Kerana Tuhan yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w., maka Tuhan itu juga yang menurunkan wahyu kepada Nabi Isa a.s.. Dan sewajarnya juga mereka menolak aqidah treniti hasil penyelewengan para paderi yang berkepentingan.


Sebab itu dalam peristiwa israk mikraj itu Nabi diperintah singgah mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa, seolah-olah Nabi s.a.w. singgah ke rumah saudaranya Nabi Isa a.s., maka sudah sewajarnya ummat kedua-dua Nabi dan Rasul berkenaan tidak bercanggah pendapat dan jauh sekali dari sifat permusuhan. Hakikatnya bukan saja hubungan rapat antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Isa a.s. sahaja, bahkan Nabi Muhammad rapat dengan semua nabi-nabi dan rasul. Kerana peristiwa israk mikraj itu juga telah menemukan Nabi Muhammad dengan nabi-nabi dan rasul terdahulu. Justeru itu umat para nabi-nabi dan rasul itu tidak patut mereka berperang sesama sendiri, memandangkan bahawa nabi-nabi dan rasul mereka begitu baik hubungan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Jika para nabi itu bersatu mendokong aqidah tauhid, maka tiada alasan umat para nabi itu berpecah dari segi aqidah. Mereka mesti bersatu dalam aqidah tauhid, sebaliknya menolak semua fahaman karut ciptaan para paderi.


Dengan demikian juga menjadi dalil tentang bagaimana perlunya umat Islam berfahaman begitu di setiap masa, iaitu wajib menjaga bumi suci Baitul Maqdis dan mengawal dari gangguan pihak-pihak yang tamak dan juga puak-puak musuh agama Allah iaitu agama tauhid. Seolah-olah Allah SWT memberi isyarat kepada umat yang berpegang dengan ajaran Islam dan aqidah yang murni itu, supaya jangan merasa lemah, takut dan bacul di depan Yahudi yang bertekad untuk terus menguasai Baitul Maqdis dan bumi Palestin, kerana ia adalah bumi para anbiya. Seluruh umat para nabi khususnya umat nabi yang terbabit dalam peristiwa israk mikraj mestilah menaruh azam untuk merampas kembali bumi Baitul Maqdis dan Palestin, untuk diserahkan kembali kepada rakyat Palestin yang beriman.


Mengapakah suatu ketika dahulu "Salahuddin Al-Ayubi" bersama tentera Islam bermati-matian mempertahankan Baitul Maqdis , ketika diserang oleh tentera Salibiah Eropah. Sedangkan Salahuddin Al-Ayubi bukan rakyat Arab Palestin, beliau adalah dari keturunan Kurdi, satu bangsa yang mendiami utara Iraq yang bersepadan dengan Turki. Beliau berjaya menumpaskan serangan tersebut, malah berjaya menghalau saki baki tentera kristian itu dari bumi Palestin.


Apakah yang mendorong beliau bertindak demikian, dan tidak menyerahkan urusan mempertahan kota Baitul Maqdis itu kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka sendiri? Sebaliknya Salahuddin Al-Ayubi ketika dipenghujung hayatnya telah berpesan supaya segala pakaian penuh berdebu yang digunakan semasa berperang, agar dimasukkan di dalam liang kubur dan ditanam bersama jenazahnya. Dengan tujuan supaya menjadi saksi bahawa beliau telah menghabis segala tenaga dan fikiran untuk mengetuai tentera Islam bagi mempertahankan Baitul Maqdis dari serangan tentera Kristian Eropah.


Sesungguhnya yang mendorong Salahuddin Al-Ayubi bertindak demikian ialah kerana didorong kesedaran yang tinggi untuk mempertahan kota suci iaitu kota yang telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w. dengan para anbiya yang lain, khususnya dalam peristiwa Israk mikraj. Sebagai seorang Islam beliau berkeyakinan bahawa apabila bumi suci Baitul Maqdis itu diganggu oleh golongan kuffar, adalah menjadi kewajipan kepadanya dan juga umat Islam seluruhnya bangun untuk mempertahankan atau membebaskan bumi tersebut dari cengkaman musuh Allah SWT itu, tidak kira sama ada mereka orang Palestin ataupun bukan.


Empat puluh tahun selepas peristiwa itu, Lord Olenby yang mengetuai pasukan salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin Al-Ayubi dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini." alangkah baculnya ketua tentera salibiah itu, dia hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati, dengan mesej bahawa pihak salibiah sentiasa menyimpan dendam terhadap Islam. Bagi Salahuddin Al-Ayubi, beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan kota suci terletaknya Masjid al-Aqsa yang mulia, tempat Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan solat dua rakaat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.


Di Baitul Maqdis itu juga Nabi s.a.w. melepasi satu ujian, ketika Jibril menghidangkan dua bejana, satu berisi arak dan satu lagi berisi susu. Nabi s.a.w. mengambil bejana berisi susu dan meminumnya. Ketika itu Jibril berkata: "Sesungguhnya engkau telah membuat pemilihan yang menepati fitrah manusia."Susu adalah minuman yang bersifat fitrah amat serasi dengan kehendak naluri manusia, secara fitrah manusia bukan makhluk yang memerlukan minuman arak yang memabukkan itu. Apabila Nabi s.a.w. memilih susu sebagai minuman yang serasi dengan fitrah manusia, maka demikian pula kedudukan Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. adalah ajaran agama yang memenuhi keperluan fitrah manusia. Tidak terdapat dalam Islam satu perkara pun yang bercanggah dengan naluri dan tabi'e manusia.


Semua peraturan yang terdapat dalam Islam, sama ada peraturan ibadat yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, peraturan muamalat yang membabitkan urusan ekonomi, peraturan munakahat yang mengatur urusan nikah dan kekeluargaan, peraturan jenayat yang melibatkan undang-undang hudud, qishash dan seumpamanya. Apa jua yang dikehendaki oleh Islam semuanya sesuai dengan naluri dan kemahuan manusia. Sekiranya fitrah yang ada pada hati dan naluri manusia itu ibarat manusia, maka Islamlah pakaian bagi manusia itu yang benar-benar memenuhi saiz ukuran dan keperluan.


Agama selain dari Islam bukan pakaian manusia, kerana ada peraturan dalam agama tersebut yang bercanggah dengan naluri dan kehendak manusia. Contoh, ada agama yang melarang paderi atau sami mereka berkahwin, sedangkan kahwin adalah naluri manusia. Naluri ingin kahwin tidak dapat dibendung di kalangan paderi dan sami, lantaran itu golongan tersebut terpaksa melakukan zina disebabkan kononnya peraturan melarang mereka berkahwin. Ada agama yang mengharamkan riba di kalangan mereka, tetapi menghalalkan amalan riba kepada penganut agama lain. Amalan ini tidak sesuai dengan naluri manusia lantaran ia bercanggah dengan konsep keadilan, kerana manusia secara kehendak semula jadi ingin dilayan dengan adil.


Allah SWT menganugerahi agama Islam kepada manusia kerana ia adalah suatu keperluan rohani dan jasmani manusia, menolak Islam sama ertinya membiarkan roh dan jasad dalam kebuluran, pada hal roh dan jasad membenci kebuluran.

Thursday, July 16, 2009

4 Perkara Yang Membawa Kebahagiaan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”

Huraian

i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Saturday, July 11, 2009

SUDAH BERAPA BANYAK AMAL KITA???

Sentiasa dalam perjalanan kehidupan ini, ada terminal untuk berhenti sejenak. Beberapa saat untuk duduk mengimbau perjalanan lalu. Sudah berapa jauh perjalanan kita menuju Pintu Gerbang Kematian? Berapa banyak bekal yang akan kita bawa memasuki Dunia Baru? bukan Dunia Baru tv3 tu.


Persoalan ini perlu kita ambil berat, walau di tengah kesibukan kerjaya atau belajar. Bekal kehidupan di akhirat pasti jauh lebih penting dari hanya kehidupan dunia. Itu semua kita tahu. Ketika harga barangan semakin meningkat, kos hidup melambung, kita masih sering resah. Kita sangat takut kita akan terkesan sama. Namun pernahkan kita betul2 takut bekal amal kita di akhirat? Yang mana terang terangan semakin susut dan bahkan negatif?


Kembali kita muhasabah diri. Betapa kehidupan akhirat jauh lebih baik dan kekal. Lalu mengapa perlu kita resah bagai orang yang kematian saudara tentang masalah ekonomi semata? Sudah saatnya kita menjenguk lebih dalam rohani kita untuk menabung bekal amal. Amal soleh tidak pelu kepada banyak tenaga dan belanja yang besar. Dengan berzikir, bersyukur kpd Allah, maka tabungan akan mengalir terus. Dengan hanya beramal, maka akan berbunga dan semakin besar bekal kita. Seunguh Allah Maha Adil, menambak bekal itu adalah percuma!


Berbeza dengan perkara lain yang perlu naik kereta, isi minyak yang berharga rm1.80 seliter. Belum dicampur dengan makanan yang memang dah naik. Lalu mengapa kita masih resah dengan dunia ini. Tiba waktunya untuk bangkit menambak bekal. Bukan duduk termenung merenung nasib.


Amal Shaleh boleh dibangun dengan lidah yang bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Ya, betapa mudah dan betapa indahnya amalan dalam Islam. Bahkan untuk melafalkan zikir tak perlu permit pun. Ingatlah, selagi masih bernafas, selagi itu kita diberi peluang untuk menambah bekal. Mati itu kita tidak tahu bila masanya. Oleh itu, bersiap sedialah dan risaulah sentiasa dengan bekal akhirat kita.

Wallahu'alam

Monday, July 6, 2009

KITA BERADA DI ZAMAN YANG AMAT DITAKUTI RASULULLAH SAW.!!!



Kita kini berada di zaman yang pernah di ishtiharkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai zaman yang amat ditakuti oleh Baginda.Di zaman yang di ishtiharkan itu , berlaku perkara-perkara yang disebut baginda di dalam Hadith yang di riwayatkan oleh ‘Ibn ‘Abbas r.a. bahawa akan berlakunya kejadian-kejadian berikut:

1 Solat diabaikan

2 Kehendak nafsu syahwat (seks ) digalakkan

3 Penjenayah menjadi pemimpin

4 Yang hak dan batil menjadi samar-samar sehingga sukar untuk di bezakan

5 Berdusta menjadi satu keperluan

6 Zakat dianggap sebagai beban

7 Orang beriman ditindas dan tidak mampu untuk mencegah kemungkaran

8 Hujan yang turun yang sepatutnya menjadi rahmat kini tidak lagi menghasilkan
apa-apa (hujan yang turun ialah hujan asid akibat pencemaran perbuatan manusia)

9 Lelaki berzina dengan lelaki (homoseks / gay )

10 Perempuan berzina dengan perempuan ( lesbian )


11 Wanita menguasai lelaki

12 Anak-anak menderhaka kepada ibu bapa

13 Kawan–kawan dilayan dengan buruk

14 Dosa dipandang dengan ringan

15 Masjid dihiasi dengan indah ( tetapi tiada jama’ah )

16 Ramai orang bersolat tetapi ia munafiq dan hanya berpura-pura

17 Timbulnya golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah

18 Al-Qur’an dihiasi tinta emas ( dengan cantik ) tetapi tidak diamalkan

19 Darah manusia menjadi tidak berharga ( saling berbunuhan )

20 Tiada siapa yang membela Agama

21 Penyanyi wanita kian bertambah

22 Orang kaya pergi ke Haji sebagai melancong , yang sederhana pergi untuk berniaga,
yang miskin pergi untuk meminta-minta.

Thursday, July 2, 2009

Jangan dipandang air mata yang mengalir tapi...pandanglah tangan yang melakukan!!!

Petikan: Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.

OLEH: ABD.BASIT ABD.RAHMAN


Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka yang berucap: telah muncul di kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.

Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.

Berapa ramai pula kalangan yang menangis kerana menuntut bela diatas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh, tapi setengah dari merekalah yang menimbulkan fitnah yang membawa kepada syahidnya Khalifah Ar rashid itu.

Salah seorang yang duduk bersama hakim dalam mahkamah merasa sedih ketika melihat seorang pengadu datang dalam keadaan menangis dan orang itu memberitahu hakim bahawa beliau berpendapat si pengadu telah dizalimi, maka hakim yang bijak telah memberi jawapan kepadanya: saudara-saudara Yusuf datang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis.

Oleh itu sebelum kita memberi kepercayaan kepada seeorang, hendaklah kita halusi, selidiki dan kaji betul-betul, benarkah dia seorang yang benar-benar memperjuangkan islam sebelum kita meletakkannya ditempat pejuang atau mujahid islam. Pernah dulu orang memberi gelaran kepada Attartuk sebagai Khalid, “Wahai Khalid Turki baharukan perjuangan Khalid Arab”, mereka menyamakannya dengan Khalid kerana menyangka beliau akan mengembalikan keagongan dan ketinggian islam. Tetapi tak lama kemudian pecahlah tembelangnya, beliau seorang taghut dari usrah Yahudi yang ditonjolkan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyah dan menghancurkan Islam. Diawal perlantikannya tidak lepas kayu sugi dimulutnya dan bekas wuduk di tangannya.

Mengetahui hakikat sesuatu adalah penting sebelum membuat apa-apa keputusan, untuk mengelakkan daripada tersalah dan tersesat.

Kita telah membaca cerita pemburu yang menembak burung dimusim sejuk, seekor demi seekor ditangkap dan disembelihnya kemudian dimasukkan kedalam bekas yang dibawanya. Sedang air matanya mengalir kerana kesejukan dan ditiup oleh angin, seekor burung yang sedang sakit memberitahu kawannya, “Tengoklah lelaki ini seorang yang baik dan lembut hatinya hingga mengalir air matanya kerana kasihan kan kita”. Jawab kawannya” jangan kau lihat air matanya tapi lihatlah apa yang dilakukan oleh tangannya”. Wallahu alam.

Dipetik dari buku (Mawaqif zatu ibar) Dr. Sulaiman al Ashqar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...