"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Friday, August 29, 2008

Pengajaran di sebalik Hijrah Rasulullah s.a.w

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."

Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.

Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.
Peristiwa pengorbanan Saidina Ali ini merupakan secebis daripada peristiwa pengorbanan para sahabat. Banyak lagi kisah pengorbananan yang telah dilakukan oleh para sahabat demi Rasulullah yang tercinta. Begitulah para sahabat nabi yang cinta mereka bukan sekadar bermain di bibir bahkan dibuktikan melalui perbuatan dan tindakan mereka.

Berbicara tentang Hijrah Rasul, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang sejarah. Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.
Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikamah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam hijrah Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?
Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: �Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.� (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah
Daripada kenyataan ini dapatlah kita fahami bahawa hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Hijrah Rasulullah S.A.W memberi iktibar kepada kita mengenai fungsi dan peranan kita sebagai umat Islam tidak terhenti setakat ibadat khusus semata-mata. Lebih luas daripada itu peranan kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Di antara tugas-tugas sebagai khalifah adalah seperti yang dijelaskan oleh Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia.

Dua perkara ini tidak mampu direalisasikan tanpa semangat jihad dalam diri kita. Jihad merupakan pengorabanan dari pelbagai aspek demi memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Melawan nafsu juga merupakan suatu jihad. Namun dalam konteks hari ini, semangat jihad sudah kian hilang di hati umat Islam. Umat Islam hari ini lebih mementingkan nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Umat Islam sesama sendiri berkelahi kerana pangkat, harta dan wanita. Adakalanya umat Islam sendiri sanggup berkomplot dengan golongan kuffar demi kepentingan tertentu. Sekiranya inilah perangai kita, apakah kita layak digelar sebagai khalifah Allah.?
Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hirah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.

Seharusnya peristiwa hijrah telah mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah terjalin anatara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan kepada kita komitmen Rasulullah sebagai seorang pemimpin dalam memastikan tertegaknya ummah yang beriman, bertaqwa, bersatu padu dan hormat menghormati, baik sesama mereka mahu pun orang bukan muslim. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.

Seorang pemimpin tidak sekadar membangunkan masyarakatnya dari sudut fizikal dan material semata-mata bahkan turut membangunkan jiwa masyarakatnya dengan mendekatkan mereka kepad Allah SWT. Sejarah telah mengajarkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu di saat kegemilangan tamadun Islam adalah pemimpin yang menghormati golongan ulama dan sentiasa meminta nasihat daripada mereka sama ada urusan negara mahupun peribadi. Hal ini kerana golongan ulama merupakan golongan yang arif berkenaan soal agama, justeru demi memastikan pimpinan mereka tidak terkeluar dari landasan Islam, pemimpin-pemimpin tersebut sentiasa memastikan golongan ulama sentiasa di sisi mereka.

Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung.- azm

( Penulis adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM) ) _

Thursday, August 21, 2008

MEMBINA GENERASI AL-QURAN

Assalamulaikum w.b.t.

Salam mahabbah kepada teman sekalian...

Sememangnya kita masih berada dalam medan perjuangan menuntut ilmu, namun masa itu pantas benar menginjak.Suatu hari nanti, jika dipanjangkan umur dan dizinkan Allah s.w.t, kita semua bakal memasuki medan perjuangan yang baru, yakni memikul amanah sebagai ibu bapa pula.Bukan senang sebenarnya untuk kita menyemai generasi muda yang hatinya sentiasa berkorban demi Islam ini.Justeru menyedari hakikat ini, kita haruslah sedar bermula dari saat ini!

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibubapaku & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu & sesungguhnya aku dari orang2 Islam (yang tunduk patuh kepadaMu). (Al-Ahqaf:15)

“APABILA menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat. 2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya. 7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit.

Tuesday, August 19, 2008

BERAMALLAH DGN AJARAN RASULULLAH SAW

Assalamualaikum wbt...

Muslimin sidang jumaat sekalian!


Marilah kita menyedari betapa besarnya rahmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia daripada kelahiran Rasulullah SAW, sebagaimana firman-Nya di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud:
“Dan tidaklah Kami utuskan engkau ya Muhammad, melainkan menjadi rahmat kepada sekalian alam.”

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di dalam PENDERITAAN dan KEZALIMAN walaupun pada masa itu sudah wujud negara-negara yang dikatakan bertamadun seperti Parsi, Rom, India dan China.

Di dalam negara-negara ini wujud penderitaan, penindasan, kezaliman dan perhambaan sesama manusia. Orang kaya menindas golongan miskin dan orang yang berkuasa memperhambakan golongan rakyat biasa. Walaupun pada masa itu ada dua agama yang didakwa berasal daripada rasul-rasul yang terdahulu iaitu agama Yahudi dan Nasrani, tetapi di dalamnya penuh dengan penyelewengan.

Lebih malang lagi apabila golongan agama kemudian bergabung dengan golongan berkuasa untuk meminda ajaran rasul-rasul yang terdahulu bertujuan mendapat habuan kebendaan dunia dan mengabdikan sesama manusia di atas nama agama. Mereka meminda hukum Allah SWT mengikut hawa nafsu.

Ulama yang benar-benar beramal dengan ajaran para rasul terpaksa mengasingkan diri beruzlah membawa agama lari daripada masyarakat yang rosak. Mereka yang benar-benar beramal dengan ajaran Allah SWT ini menunggu-nunggu saat kelahiran Rasulullah SAW, nabi dan rasul akhir zaman yang dijanjikan oleh Allah SWT yang menjadi penyelamat kepada manusia.

Muslimin sekalian!

Berita kelahiran nabi Muhammad SAW telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul terdahulu sebelum datangnya Nabi Muhammad SAW dan rasul-rasul tersebut menceritakan perkara ini kepada umat manusia. Perkara ini diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Quranul Karim dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kitab, mengenali Nabi Muhammad SAW sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri."
"Dan sebahagian daripada mereka menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui."

Nabi Isa AS sendiri memberitahu berita kedatangan Rasulullah SAW kepada umatnya. Ini bermakna penganut agama Nasrani telahpun mengetahui Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan ketika Isa bin Maryam berkata: 'Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah rasulullah yang diutuskan kepada kamu, untuk membenarkan kitab Taurat yang berada di hadapanku dan memberi khabar berkenaan seorang rasul yang datang selepasku bernama Ahmad - yakni Muhammad."

Muslimin sekalian!

Allah SWT telah meletakkan persiapan yang paling baik sejak beribu-beribu tahun dahulu untuk dilahirkan Nabi Muhammad SAW, Allah SWT memilih secara khusus seorang nabi yang bergelar Khalilul Rahman (kekasih Allah) iaitu nabi Ibrahim AS supaya membuka Makkah sebuah lembah yang disifatkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai lembah yang kering kontang, tidak ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan dan tidak didiami oleh manusia dan haiwan.

Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim AS meninggalkan isteri dan anaknya di Makkah dan daripada zuriat merekalah lahirnya Nabi Muhammad SAW. Nabi Ibrahim AS berdoa kepada Allah SWT supaya menghidupkan bumi Makkah sebagaimana tersebut di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud:
"Dan ketika Nabi Ibrahim berdoa: 'Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini sebuah negeri yang aman tenteram dan kurniakanlah kepada penduduknya buah-buahan, daripada orang yang beriman di kalangan mereka kepada Allah dan hari Akhirat."

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang kufur, maka Aku memberi juga kepadanya sedikit di dunia kemudian pada hari Akhirat, Aku masukkannya ke dalam Api Neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."

Kemudian Nabi Ibrahim AS berdoa lagi yang bermaksud:
"Wahai Tuhan kami, utuskanlah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka yang membaca kepada mereka ayat-ayat Engkau, mengajar kepada mereka kitab dan hikmat dan membersihkan mereka daripada kekotoran Syirik dan dosa, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Itulah persediaan untuk menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW. Apabila Rasulullah SAW memulakan dakwah mengajak manusia kembali menyembah Allah SWT, maka orang yang waras akalnya dapat menerima Islam dengan mudah tanpa apa-apa bantahan, termasuklah ulama'-ulama' Yahudi dan Nasrani yang benar-benar berpegang dengan ajaran rasul-rasul mereka.

Muslimin sekalian!

Apa yang berlaku cukup menyedarkan kita betapa besarnya nikmatnya kedatangan Rasulullah SAW dan betapa bernilainya menjadi orang Islam. Hendaklah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana mengutuskan Rasulullah SAW dengan cara beramal menurut ajaran Rasulullah SAW iaitu Islam di dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dan berjihad memperjuangkannya.

Menjadi adat ummat Islam pada bulan Rabi'ul Awal setiap tahun umat Islam mengadakan majlis memperingati Rasulullah SAW dengan berbagai-bagai acara, sedangkan Allah SWT tidak memerintahkan mereka mengadakan majlis-majlis seperti itu dan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengadakan majlis memperingati hari kelahirannya. Apa yang diwajibkan kepada umat Islam hanyalah beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Jika tidak beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, sedangkan hari kelahirannya disambut dengan meriah dan berwarna-warni, maka itu semua mengada-adakan sahaja dan tidak memberi apa-apa faedah.
Majlis itu adalah pembohongan sahaja kepada diri sendiri, kepada masyarakat dan kepada Allah SWT.

Marilah kita menjadi orang yang ikhlas kepada Rasulullah SAW dengan cara beramal dengan ajarannya dan berjihad memperjuangkannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada kamu, diri Rasulullah itu ikutan yang baik, bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari Akhirat dan ingatlah Allah banyak- banyak."

SEDIKIT FAKTA TENTANG YAHUDI LAKNATULLAH YANG WAJIB KITA TAHU!!!

Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang
tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum
dan sesudah wujudnya negara Israel?

KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan
dari Bani Al-Yabusiyyah.

YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem.

Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.

PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion.
Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897
dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk
bangsa mereka di Zion (Palestin).

KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung
di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.

ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770
kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur.
Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup
dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai
gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan
bangsa lain.

KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh
banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria
dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal.

ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.

Antara yang diselewengkan: “Orang Israel patut
membinasakan orang Arab Kan?an dan tidak akan memberi
kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama
Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.

Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak
mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak
menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia
adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai
musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:”Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus
menerus dan abadi”.

DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu
juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja
bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah
melancarkan operasi ?sapu bersih? ke atas rakyat
Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka
mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi.

Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah:

13 Disember 1947 ?
Sebuah perkampungan orang Islam
Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan
pertama Zionis yang dibina pada 1878. diserang.
Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera
peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom
rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 ?

kira-kira 200 pelampau Yahudi
bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung
Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh
wanita dan kanak-kanak.

9 ? 10 April 1948 ?
Dalam Operation Unity, pengganas
Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung
Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250
orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya
dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah
perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak
dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 ?
Batalion ke-89 komando Yahudi yang
diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada
penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan
perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan
berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun
malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang
tiba, mereka semua mati.

15 ? 18 September 1982:
Seramai 3,000 kanak-kanak dan
wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan
Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah
Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.

BEGITULAH ANTARA FAKTA TENTANG YAHUDI YANG PERLU KITA TAHU.. YAHUDI BANYAK MENYERANG KITA BUKAN SAJA DARI SEGI FIZIKAL TERHADAP ORANG PALESTIN TETAPI DARI SEGI MENTAL KITA UMAT ISLAM.. JUSTERU ITU AYUH KITA TEGUHKAN KALIMAH TAUHID dalam DIRI KITA AGAR KITA TIDAK MUDAH TERJERUMUS DALAM PERANGKAP YAHUDI LAKNATULLAH..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...