"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Thursday, February 21, 2008

PADERI MEMELUK ISLAM

Paderi Kenneth L. Jenkins
Memeluk Islam


Nama Asal:
Paderi Kenneth L. Jenkins dari Indianapolis, Indiana di Amerika.

Nama Islam:
Abdullah al-Faruq.

Kedudukan Di Dalam Gereja:
Paderi Kenneth L. Jenkins adalah merupakan seorang tokoh Kristian (minister and elder of the Pentecostal Church) dari Gereja Pentecostal di Indianapolis, Indiana, Amerika.

Komen Mengenai Kristian:
Pada asalnya beliau amat yakin dengan agama Kristian dan benar-benar telah mengkaji dan mendalami ilmu tentang Bible sejak dari kecil lagi. Namun pada suatu ketika di dalam hidupnya beliau mula meragui tentang beberapa konsep yang diajar oleh agama Kristian di antaranya yang berkaitan dengan konsep Tritunggal atau Trinity.

Tentang Nabi Muhammad beliau telah berkata:
Saya amat mengkagumi cara hidup Nabi Muhammad dan saya ingin mendalami tentangnya….. Saya telah dihadiahkan satu set Kitab Sahih Muslim oleh guru Al-Quran saya dan ketika itu barulah saya sedar bahawa saya perlu mengetahui tentang kehidupan, perkataan dan amalan hidup Baginda…”

Paderi Besar Urmia
Memeluk Islam


Nama Asal:
(Reverend) David Benjamin Keldani.

Nama Islam:
Abdul Ahad Dawud (Profesor).

Kelahiran:
Dilahirkan pada tahun 1867 di bandar Urmia wilayah Parsi.

Kedudukan di Dalam Agama Kristian:
Di lantik sebagai paderi pada tahun 1895 dan berjawatan Paderi Besar (Bishop) di Urmia.

Pengalaman Dan Perjalanan Menuju Islam:
Pada musim panas tahun 1900, beliau telah bertapa selama sebulan di Digala, membaca berulang-ulang kali teks Bible di dalam bahasanya yang asal, memohon petunjuk daripada Tuhan. Hasilnya ialah beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Paderi Besar Urmia dan selepas pertemuannya dengan ulama Islam, Syeikh Jemaluddin Effendi dan lain-lainnya, beliau terus memeluk agama Islam.

Di antara sumbangan beliau yang terbesar untuk Islam ialah penerbitan buku beliau yang bertajuk ‘Muhammad in the Bible.’ Di Malaysia ianya diterbitkan pada tahun 1969 oleh Pustaka Antara di bawah naungan Angkatan Nahdhatul Islam Bersatu (BINA), Sarawak.

Sekarang, jom kita lihat apa kata penganut KRISTIAN mengenai NABI MUHAMMAD SAW.

Michael H. Hart: Muhammad Tokoh Yang
Paling Berpengaruh


Michael H. Hart merupakan seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'The 100' yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini kemudiannya diterbitkan semula dengan tajuk ‘The 100 : A Ranking of the Most Influential Persons in History,’ terbitan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya telah dimuatkan tentang kajian beliau berhubung dengan 100 orang tokoh-tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan dan paling banyak mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhirnya beliau telah merumuskan bahawa tokoh sejarah yang paling berpengaruh ialah Nabi Muhammad.

Dari 100 tokoh yang dikajinya,
10 yang teratas ialah:

1.Prophet Muhammad
2.Isaac Newton
3.Jesus Christ
4.Buddha
5.Confucius
6.St. Paul
7.Ts'ai Lun
8.Johann Gutenberg
9.Christopher Columbus
10.Albert Einstein

George Bernard Shaw
Muhammad Penyelamat Manusia


George Bernard Shaw dilahirkan di Dublin pada tahun 1856. Beliau merupakan seorang ahli kritik, tokoh intelek, pemikir, tokoh drama, penulis, tokoh sastera, dan aktivis masyarakat.

Di atas sumbangan beliau di bidang sastera, belaiu telah dikurniakan anugerah Nobel Sastera (Nobel Laureate in Literature) pada tahun 1925.
Sebagai seorang pemikir dan pengkritik, beliau telah banyak mengkaji dan menulis tentang Nabi Muhammad.

Di dalam 'The Genuine Islam,' (1936; Vol. 1, No. 8), beliau telah berkata:
(“Saya sentiasa menyanjungi agama yang dibawa Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia merupakan satu-satunya agama yang, pada pandangan saya, mempunyai kemampuan untuk disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku di dalam hidup yang menjadikannya menarik (relevan) bagi setiap zaman. Saya telah mengkaji tentangnya – iaitu lelaki yang hebat itu (Nabi Muhammad), dan pada pandangan saya beliau bukannya seorang anti-Nabi Isa sebaliknya beliau sepatutnya digelar sebagai Penyelamat Kepada Manusia.”)

“Quran Abad 20 Sama Seperti 1300 Tahun Dahulu” - ARTHUR J, ARBERRY

Arthur J, Arberry di dalam Pendahuluan Terjemahan Al-Qurannya telah berkata: “Selain daripada tanda-tanda bacaan yang dimasukkan kemudian ke dalam Al—Quran untuk memudahkan bacaan, Al-Quran yang diterbitkan pada abad ke-20 adalah sama seperti yang diterbitkan oleh Khalifah Uthman 1300 tahun dahulu.”

Kesimpulannya, banggalah kita dengan ISLAM!!!

Saturday, February 16, 2008

PENGANUT KRISTIAN PERTIKAI BIBLE!!!

JOM kita LIHAT apa KATA orang KRISTIAN terhadap agama KRISTIAN!!!

Pengakuan Seorang Penulis Bible !!!

Dr. S. Franklin Logsdon (1907-1987) ialah seorang paderi yang dihormati. Beliau pernah memimpin Gereja Moody Memorial Church di Chicago, Gereja Central Baptist Church di London, Gereja Immanuel Baptist di Michigan dan banyak lagi. Dr. Frank Logsdon merupakan salah seorang jawatankuasa penerbitan Bible New American Standard Version (NASV). Beliau mengaku telah mengedit dan membuang banyak ayat-ayat Bibledalam usaha untuk melahirkan Bible NASV.

Pengakuan Dr. Frank Logsdon, telah dimuatkan di dalam O Timothy Magazine, Volume 9, Issue 1, 1992. Tokoh-tokoh Kristian sering mengatakan, Bible walaupun ditulis oleh manusia, tetap diiktiraf sebagai Kalam Tuhan kerana penulis-penulis telah dibantu oleh Ruh Suci (Holy Spirit). Dr. Frank Logsdon mempunyai pendapat yang berbeza. Beliau berkata: ‘Adakah kita begitu jahil sehingga tidak dapat mengesan tipu daya iblis berhubung insiden ini?' Nampaknya Ruh Suci tidak banyak membantu di dalam kes ini!

Father John Breck Mempersoalkan
Kesahihan Bible


Reverend John Breck ialah seorang profesor di dalam bidang 'New Testament and Ethics' di St. Vladimir’s Seminary dari tahun 1984-1996. Sekarang beliau bertugas sebagai profesor di bidang 'Biblical Interpretation and Ethics' di St. Sergius Theological Institute, Paris, France. Di dalam artikel 'Who Wrote the Books of the Bible?' beliau telah mempersoalkan kesahihan beberapa bahagian di dalam Bible kerana penulis-penulisnya tidak dikenali atau dipertikaikan.

Doktrin Roman Katolik Dicabar !!!

Ia dicabar oleh Profesor George Salmon yang merupakan seorang pakar di dalam ilmu ketuhanan agama Kristian (Regius Professor of Divinity) dari University Dublin. Pandangannya ini telah ditulis pada tahun 1870. Bahan-bahan ini telah diterbitkan semula baru-baru ini: edisi pertama pada tahun 1948, edisi kedua 1959 dan edisi ketiga 1997. (The Interactive Bible; www.bible.ca)

Orang Kristian dari kumpulan yang lain daripada Roman Katolik akan memasuki neraka! (Dari The Interactive Bible; www.bible.ca)

Begitulah bentuk pertikaian yang sedang melanda dunia Kristian pada hari ini. Ia adalah hasil daripada doktrin yang dicipta oleh tangan-tangan manusia tanpa berpandukan ajaran Nabi Isa yang sebenarnya.

Percanggahan Dan Kesilapan
Di Dalam Bible


50,000 Kesilapan Di Dalam Bible?
Begitulah tajuk yang terdapat di dalam Majalah 'Awake' terbitan September 8, 1957, volume XXXVIII, Number 17, Brooklyn, New York.

C. Dennis McKinsey telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'The Encyclopedia of Biblical Errancy' yang mengandungi kesilapan-kesilapan dan percanggahan yang terdapat di dalam Bible.

Lord Headley: Orang Islam lebih Kristian
Dari orang Kristian


Lord Headley atau Sir Rowland George Allanson dilahirkan pada tahun 1855. Beliau merupakan seorang tokoh dari Britain berkelulusan dari Cambridge. Beliau ialah seorang jurutera dan pernah menjawat jawatan Lieut. Colonel di Batalion ke-4 North Minister Fusiliers. Di samping itu beliau juga merupakan editor majalah 'Salisbury Journal' dan pengarang beberapa buku, yang paling terkenal yang bertajuk 'A Western Awakening to Islam.' Beliau menganut Islam pada 16 November, 1913 dengan mengambil nama Shaik Rahmatullah al-Farooq sebagai nama Islamnya.

Lord Headley berasa pelik dengan usaha pendakyah Kristian yang berusaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam kerana pada pengamatan beliau orang Islam 'lebih kristian' dari orang Kristian sendiri kerana orang Islamlah yang telah mengamalkan
ajaran Nabi Isa yang sebenarnya

DR. Daniel B. Wallace:
Kemanakah Hilangnya Sesetengah
Ayat Dalam Bible?


Tokoh-tokoh Kristian sering menyebutkan bahawa versi-versi Bible adalah sekadar kelainan dalam terjemahan tanpa mengubah jalan ceritanya yang asal. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Daniel B. Wallace, Ph.D., (Associate Professor of New Testament Studies, Dallas Theological Seminary) telah berkata:

“Kemanakah hilangnya sesetengah ayat? Terjemahan moden telah membuang banyak ayat-ayat yang bernilai daripada Injil. Mereka menamatkan Bab 16 dari Gospel Mark pada ayat yang kelapan; mereka telah membuang kisah malaikat yang mengocakkan air di kolam Bethesda (John 5 ayat 4) dan yang paling ketara ialah membuang kisah tentang seorang wanita yang telah berzina, di dalam John 8. Di samping itu terjemahan moden ini juga telah membuat perubahan-perubahan yang signifikan di dalam teks…… Secara keseluruhannya, ratusan perubahan teks telah dilakukan di dalam terjemahan moden berbanding Bible King James. Di dalam tulisan yang ringkas ini, kita tidak boleh pastikan siapakah yang benar. Cumanya kita mampu memberikan beberapa pandangan. Pertamanya, perubahan-perubahan teks di dalam terjemahan moden tidak menyebabkan perubahan besar ke atas ajaran Kristian!”

Monday, February 11, 2008

KRISTIANISASI

LATAR BELAKANG KRISTIANISASI KE ATAS BANGSA MELAYU

Proses Kristianisasi bermula semasa penjajahan Portugis 1511.Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia.Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam

Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakyah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil "Window 10/40", kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta duni(sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997).

FAKTA MURTAD

Mantan Mufti WP Datuk Hashim Yahya, mendedahkan:
3,000 orang memohon untuk keluar dari Islam di Kuala Lumpur

Merujuk pada bancian tahun 1980, dari 6.1 juta orang Melayu di Sem Malaysia,
4,766 Melayu menganut Kristian,
522 Melayu menganut Hindu
746 Melayu menganut Buddha
456 kembali menganut agama Confucianisma dan Taoisma.

100,000 kes permohonan untuk murtad dilaporkan dari JPN, kini 18,000 telah diluluskan.

Ramai gadis melayu di IPT telah terpedaya dengan cinta palsu pelajar lelaki kristian-Inilah trend pengkristianan yg paling popular

Dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini

APA TINDAKAN KITA?

Mantapkan Ilmu, Iman & Amal
Hadir ke majlis ilmu Islam
Berkawan dengan yang berakhlak baik
Tingkatkan amal Islami – solat dll
Perdalam ilmu Islam - membaca

Dakwah – amar ma’ruf nahi mungkar
Perhebatkan da’wah
Dakwah kepada non-muslim
Perbandingan agama

Firman Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad:7)

Ingatlah wahai umat ISLAM semua, Allah akan menyoal apa tindakan kita tehadap ISLAM? Kalau kita hanya berdiam diri sahaja tanpa berbuat apa-apa, apa yang kita nak jawab di akhirat nanti????

FIKIR2kanLAH......

Saturday, February 2, 2008

JIHAD & KENAPA DISYARIATKAN!!!?

Di Petik daripada Mas Fahri

Oleh kerana kajian ini telah mendesak kita ke arah pembicaraan tentang Al Jihad dan perjuangan maka sewajarlah kita perkatakan demi untuk mendapat suatu kesimpulan dan pendapat yang sihat mengenai Al Jihad dan sebab diwajibkan serta peringkat-peringkatnya. Tajuk perbicaraan ini menjadi sasaran penyerang ideologi yang profesional, yang berusaha sedaya upaya mencampur-adukkan kebenaran dengan kepalsuan, hak dengan bathil.

Mereka menyingsing lengan mencari lubang-lubang kelemahan dan mahligai keagungan Islam yang suci itu, tujuan mereka ialah menyibarkan syak wasangka dan kesangsian terhadap Islam. Fiqh Al-Sirah 1 98 Tidak usah engkau hairankan tentang tujuan kegigihan mereka, di mana mereka berusaha mengumpulkan riak tenaga demi untuk mengeliru tentang kebenaran suruhan Al Jihad. Sekiranya kita tahu bahawa jihad dan perjuangan merupakan satu rukun dan tenaga Islam yang paling ampuh dan strategi mengikut kaca mata umat Islam mereka juga sedar sekiranya rukun atau tenaga ini terus dibiarkan hidup berkobar di dada tiap Muslim maka ianya merupakan bahan pemanas dan penggerak penghidupan umat Islam di setiap zaman. Ianya merupakan satu tenaga dan kuasa raksasa yang tidak boleh disekat atau dibendung, suatu tenaga yang menggugut kepentingan emperialis. Oleh yang demikian usaha untuk menyekat sebarang arus kemaraan Islam haruslah dimulakan dengan menyekat arus ini dahulu.

Di dalam sepatah dua kata di sini, ingin saya menerangkan; pertama — makna atau erti Al Jihad perjuangan, tujuannya dalam Islam, peringkat-peringkat yang dilaluinya dan peringkat yang terakhir; yang kedua kita cuba menerangkan fahaman atau definasi yang salah yang telah meresap masuk dan pemalsuan peranannya yang sengaja dicuba dan tidak langsung berkaitan dengan hakikatnya. Pengertian Jihad Definasi jihad yang sebenarnya ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam.

Adapun tujuannya pula ialah mendirikan sebuah masyarakat Islam dan mewujudkan sebuah negara Islam yang sihat. Peringkat atau tahap perjuangan yang telah dilalui mereka setakat yang kita tahu sebagai langkah yang pertama di permulaan Islam hanyalah berdakwah secara rahsia dan sanggup menghadapi dugaan dan pancaroba. Selepas itu baru diizinkan perjuangan dan peperangan setakat untuk mempertahankan diri.

Peringkat ini bermula bersama-sama bermulanya hijrah atau perpindahan ke Madinah. Kemudian barulah diizinkan supaya mengangkat senjata ke muka penghalang dan petualang yang cuba menyekat dan mengganggu pembinaan masyarakat Islam, tidak ada kompromi atau pemilihan untuk atheis, penyembah berhala dan musyrikin (selain dari Islam) kerana tidak wujud titik persefahaman dengan mereka untuk hidup bersama di dalam masyarakat Islam yang sihat. Mengenai ahli-kitab pula mereka ini bolehlah tunduk dan patuh kepada masyarakat Islam dan tinggal bersama di dalam negara Islam tetapi mereka mesti membayar kepada negara, cukai jaminan al-jizyah di mana orang Islam membayar zakat.

Di peringkat terakhir, perintah berjihad pun diwajibkan di dalam Islam, yang merupakan tanggungjawab dan kewajipan ke atas tiap muslim di setiap masa sekiranya mereka mempunyai kekuatan kebendaan yang cukup; sebagai penegasan daripada Allah yang berbunyi:
( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ قَاتِلُواْ الَّذِينَ يَلُونَكُم مِّنَ الْكُفَّارِ وَلِيَجِدُواْ فِيكُمْ غِلْظَةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ( 123
Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang orang kafir yang di sekitar kamu itu, hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Taubah : 9: 123)
Dan sabda RasuluLlah: Yang bermaksud: Fiqh Al-Sirah 1 99 “Aku diperintahkan supaya memerangi manusia (kafir) sehingga mereka mengucap dan mengaku tidak ada Tuhan melainkan Allah, maka siapa yang mengucap La Ilaha Illallah maka selamatlah harta dan jiwanya” (Hadis dipersetujui ramai)

Di sini fahamlah kita bahawa tidak ada erti dikategorikan Al Jihad itu kepada defensif atau ofensif, lantaran perintah dan suruhan Al Jihad itu bukan untuk defensif semata-mata untuk mempertahankan sahaja atau agresif semata—mata yang menyerang sahaja, tetapi isipadu suruhan tersebut ialah mendirikan masyarakat Islam disertakan dengan segala peraturan dan konsep-konsep Islam, tidak perlu dan tidak bererti disebut yang ini defensif dan yang itu ofensif.

Tentang peperangan membela diri, harta, kehormatan, tanah dan jiwa pula adalah sejenis peperangan yang tidak kena mengena dengan Al Jihad yang diertikan di dalam fiqh Islam itu. Peperangan ini dikenal sebagai ‘pertarungan’. Para fuqaha’ sendiri telah mengemukakan soal pertarungan membela diri dalam satu fasal yang berasingan di dalam kitab feqah.

Demikianlah ringkasan erti Al Jihad dan tujuannya di dalam syari’at Islam. Tentang kesilapan, kekeliruan dan anasir-anasir yang boleh merosakkan ini sengaja diseludup masuk ke dalam pengertian Al Jihad. Kesemuanya ini boleh disimpulkan ke dalam dua teori yang direkarekanya, yang begitu kontra di antara satu sama lain tetapi pada hakikatnya adalah untuk mencapai tujuan yang satu, iaitu menghapus dan membasmikan ‘suruhan Al Jihad’.

Pendapat atau teori yang pertama melaungkan yang Islam telah berkembang dengan mata pedang Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabatnya RadhiyaLlahu’anhum Ajma’in telah membuat tekanan dan paksaan, pembukaan negeri-negeri
baru adalah dengan kekerasan, paksaan dan kezaliman dan bukanlah secara diplomatis.
Pendapat yang kedua pula mencanangkan bahawa Islam ini ialah satu-satunya agama muhibbah, bertolak ansur dan tidak menyuruh berjihad, kalau terdapat pun alakadar menentang serangan luar sahaja, penganutnya tidak akan berperang kecuali kalau terpaksa sangat iaitu kalau diserang dahulu. Meskipun dua pendapat yang dilaungkan ini ternampak begitu kontra antara satu sama lain, namun begitu, hakikat sebenar, ialah kedua-duanya menyampaikan kepada tujuan yang sama.

Untuk penjelasan selanjutnya sila perhatikan:
Pertama mereka mencanangkan dakwaan yang Islam itu satu agama savage, bengis, keras dan hasad. Akhirnya dakwaan mereka ini mendapat tentangan dan reaksi yang hebat dan keras dan umat Islam yang memprotes dakwaan ini. Di dalam usaha mencari bukti dan jawapan terhadap dakwaan palsu tadi tiba-tiba segolongan pengeliru cuba mengabui mata umum, muncul ke hadapan secara olok-olok mempertahankan Islam dan hasil kajian ilmiyyah dan research mereka yang kononnya objektif.

Mereka cuba membela dan menarik balik tuduhan yang melulu ini, kata mereka: “Islam bukanlah seperti yang disuarakan oleh mereka yang ianya berkembang dengan mata pedang dan kekerasan, tetapi sebaliknya agama Islam ialah suatu agama muhibbah, cintakan keamanan, bertolak ansur dan tidak disuruh berperang kecuali sekadar menahan pencerobohan dari luar saja, langsung tidak berjihad selagi masih terdapat jalan-jalan perdamaian.

Penganut-penganut Islam yang cetek iman dan dangkal fahaman kelslamannya, dengan serta merta tepuk memberi sokongan hangat kepada laungan tadi, selepas mereka terluap luap marah dengan tuduhan yang pertama. Bukan setakat itu saja malah laungan ini telah disambut dan dicanangkan pula oleh mereka, disokong dengan alasan-alasan yang menguatkan pendapat itu “... agama Islam: agama lemah lembut, bertolak ansur, muhibbah tidak berjuang kecuali kalau tetpaksa iaitu kalau diserang dan dicerobohi kehormatannya atau diganggu tidurnya.” Mereka ini tidak dapat memahami tujuan maksud yang tersirat di sebalik ucapan pujian oleh golongan yang ingin memukul Islam.

Justeru inilah titik pertemuan di antara dua teori dan pendapat yang pada lahirnya dulu bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain tetapi pada hakikatnya mereka adalah satu. Fiqh Al-Sirah 1 100 Tujuan mereka menghulurkan berbagai pendapat dan jalan yang sudah dikaji in ialah supaya pada hujungnya mereka berhasil membenteras idea Al jihad dan fikiran umat Islam serta memupuskan roh kemaraan dan cita-cita perjuangan dan dada kaum

Muslimin...
Di sini kita cuba memperturunkan bukti-bukti mengenai perkara tersebut dan seorang saudara kita Professor Dok Wahbi Al-Zihaili yang telah disajikan di dalam bukunya “Kesan-kesan peperangan di dalam feqah Islam” yang dipetik dari seorang orientalis Inggens ‘Anderson’ yang berbunyi: “Ada orang-orang Barat terutamanya Inggeris takut akan Al Jihad ini timbul dan hidup di kalangan umat Islam, yang akan membawa mereka bersatu menghadapi musuh dan seteru-seteru mereka.

Oleh yang demikian mereka berusaha menabur kan pendapat pemansuhan ‘Aljihad’. Memang tepat sekali apa yang telah disifatkan Allah tentang mereka yang tak beriman ini:
وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا لَوْلَا نُزِّلَتْ سُورَةٌ فَإِذَا أُنزِلَتْ سُورَةٌ مُّحْكَمَةٌ وَذُآِرَ فِيهَا الْقِتَالُ رَأَيْتَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يَنظُرُونَ ( إِلَيْكَ نَظَرَ الْمَغْشِيِّ عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَأَوْلَى لَهُمْ ( 20

Yang bermaksud: “Maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu ithat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya memandang kamu seperti pandangan orang pengsan kerana takut mati.” (Surah Muhammad 47: 20)

Saya telah bertemu dengan orientalis Inggeris, Anderson sendiri pada petang hari Jumaat 1960 tanggal 3 haribulan Jun. Saya terus bertanya pendapat beliau mengenai maudhuk ini beliau menjawab yang berupa nasihat katanya: Al Jihad hari ini tidak wajib lagi kerana mengikut kaedah yang berbunyi: “HUKUM AKAN BERUBAH KERANA BERUBAHNYA MASA” “Aljihad ini mengikut pendapatnya sudah tidak sesuai lagi dengan kedudukan dunia antarabangsa hari ini kerana umat Islam sendiri terikat dengan pertubuhan-pertubuhan dunia dan perjanjian antarabangsa, dan oleh kerana Al Jihad itu merupakan suatu jalan menekan manusia supaya memeluk agama Islam lebih-lebih lagi kebebasan dan taraf pemikiran sudah meningkat menyebabkan ia tidak dapat menerima pendapat atau ideologi secara paksaan” (Dipetik dan Kitab Aharu’l Fi’l Fiqh Al—Islami).

Berbalik kepada tajuk asal, mengenai perjanjian Al ‘Aqabah yang kedua: memang ada sesuatu yang dikehendaki Allah hingga berita perjanjian ini sampai ke pengetahuan musyrikin Makkah. Begitu juga tentang persetujuan yang dicapai antara Nabi Muhammad dan penduduk Madinah. Mungkin sebagai hikmat Ilahi, ialah menyediakan alasan atau sebab-musabab untuk berhijrah, kita dapati berita ini suatu paluan hebat dan kesan yang begitu mendalam yang dapat dilihat dan usaha-usaha kafir Quraisy mengganggu dan akhirnya merancang untuk membunuh Baginda. Walau bagaimanapun perjanjian Al ‘Aqabah yang kedua ini merupakan pendahuluan kepada perpindahan dan hijrah ‘alaihissalatu wasallam ke Madinah Al Munawwarah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...