"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Thursday, January 4, 2007

10 wasiat Hasan al-Banna

1)Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu setelah mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya kerana ini membuktikan kesungguhan anda.
Di situ ada sumber kejayaan, di situ ada sumber pertolongan, di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran yg dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat di medan perang...walaupun... di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba perhatikan mesejnya.
Selalulah berzikir dan cari ilmu
walaupun sedikit.
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada anda dan juga kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca dan menghafalnya... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman, di sini ada kedamaian dan di sini ada kesalaman...Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk
menguasai Bahasa al-Quran.
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan...Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari ...Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi... Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan...Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan!!!Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum...Beliau ketawa kena pada tempatnya...Tapi berpada-pada sahaja...!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan...
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan...
Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir... Ubati dengan bergurau...Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batasnya...Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai!!!

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
  • untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
  • untuk menghapuskan kemungkaran
  • kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
  • kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...