"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Wednesday, August 2, 2006

Sajak : Apasal La Aku Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu,
siap dengan bayang-bayang.
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang...
Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang...

Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang.
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang.
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang.
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang.
Ingat masih muda remaja, lambat padam ?
Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang .
Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang.
Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang.

Apasal la aku malas sembahyang.
Main bola aku sanggup sampai petang.
Tak cukup siang, malam main futsal & pentanque.
Tengok tv & internet berjam-jam.
Apa? Ingat masuk syurga boleh berlenggang …

Apasal la aku malas sembahyang.
Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam.
Negara pun dah merdeka, terbilang.
Berkawan malam dan siang.
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang.
Aku kena ingat, umur makin kurang,
badan makin lemah, mata dah tak terang.
Pagi kita sihat, petang boleh kejang.
Pastu kita disembahyangkan...

Apasal la aku malas sembahyang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.
Siksa neraka aku tak terbayang.
Janji Allah pasti tertunai, tiada siapa boleh halang!!!
Apasal la aku malas sembahyang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...