"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Tuesday, April 27, 2010

Ubah Diri Dulu Sebelum Ubah Masyarakat!

RAMAI orang minta orang lain berubah. Remaja sering ditanya kenapa degil tidak mahu berubah? Kenapa ekonomi tidak berubah, politik tidak berubah-ubah? Pendek kata, semua kena berubahlah.

Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan merubah diri sendiri. Jika hendak ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat pun berubah. Malah, hendak ubah negara pun bermula dengan perubahan diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka orang akan ketawakan kita.

Bagi mereka yang tidak mahu berubah mereka banyak menghabiskan waktu, tenaga serta fikiran untuk perkara memikirkan kesalahan orang, keburukan orang dan kelalaian orang, tetapi lupa membetulkan diri sendiri. Ada yang berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang, tetapi jarang sekali berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan Islam didasari dengan saling nasihat-menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Islam itu nasihat."


Kita perlukan jiwa-jiwa yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja berjiwa besar adalah mereka yang boleh berkongsi serta kekuatan dengan orang yang lebih berpengalaman. Orang tua hebat juga ialah mereka yang memahami serta menghormati perasaan remaja. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, memberi pengaruh kepada orang sekitarnya. Dia menjadi dorongan kepada orang lain untuk berubah.

Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun payah untuk menguasai diri kita. Yang penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita. Mula-mula ubah diri kita, isteri kita dan anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu.

Ramai orang berkata:

"Payahnya hendak ubah remaja",

"isteri degillah",

"pekerja keras kepalalah".

Jawapan sebenarnya perlu melihat dalam diri kita, jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Mereka memang tetap melakukan kesalahan, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Rasulullah diutus bagi mengajak dan memberi contoh terbaik buat umatnya. Kita banyak juga mengajak, tetapi kurang contoh baik.

Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan.

Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi.

Sayangilah, jangan membenci.

Perubahan bermula dari diri sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...