Telah kita usahakan ladang persaudaraan ini,
Kita bajai dengan persefahaman,
Kita siram air keikhlasan,
Lalu tumbuhlah silaturrahim
dan tertutuplah alur prasangka,
Membuahkan tolak ansur
Kelemahan dan kekurangan sama diatasi.
Apabila kita abaikanladang persaudaraan ini,
Tumbuhlah lalang-lalang iri serta ribuan duri benci
Lalu bara amarah yang dibawa angin fitnah membakar!
Merebak dan memusnah ladang persaudaraan ini.
Kini ladang persaudaraan bagai padang jarak padang tekukur,
Hitam dan hangus kerana keangkuhan,
Mati dan kering kerana 'keakuan'.



0 comments:
Post a Comment