"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Tuesday, February 2, 2010

JOM MUHASABAH DIRI!


Bismillahirrahmanirrahiim...

Syukur kepada Allah swt kerana masih lagi diberikan masa dan tenaga untuk terus menulis.

Kali ini, topiknya agak simple tp cukup bermakna bg saya kerana kite ni manusia biasa, xboleh lari dari dosa. So, dengan muhasabahlah kite dapat tahu betapa banyak dosa @ pahala yg telah kite lakukan sepanjang hidup kite.


Apa Makna Muhasabah?


Muhasabah adalah perkataan bahasa Arab bermaksud penilaian diri.


Kata Imam al-Mawardi:


Muhasabah ialah seorang manusia menilai dirinya pada malam terhadap apa saja dilakukannya pada siang hari. Jika ia melakukan perkara yang terpuji maka ia akan meneruskannya dan jika ia melakukan perbuatan tercela, maka ia akan meninggalkannya dan tidak akan mengulanginya lagi".


Imam Ibnu Qayyim rahimahullah pula berkata:


Muhasabah ialah seorang hamba membezakan antara apa yang dibuat, sama ada mendapat pahala atau mendapat dosa, pekerjaan yang mendapat pahala akan diteruskan, manakala yang mendatangkan dosa ditinggalkan. Kerana ia umpama musafir yang bermusafir dalam perjalanan yang tidak akan kembali lagi".


Kepentingan muhasabah adalah suatu amalan yang sangat baik diamalkan kerana ia mempunyai faedah dan kebaikan yang akan memperkasa mukmin bertakwa.


Antara kebaikannya ialah
:
  • Dengan bermuhasabah setiap individu akan sentiasa waspada terhadap segala tingkah lakunya. Muhasabah akan membuatkan individu muslim sentiasa mempunyai ruang menginsafi diri dan bimbang akan nasib yang akan menimpanya di akhirat kelak. Manakala akibat dari meninggalkan muhasabah menyebabkan ramai yang alpa dan terus hilang rasa bimbang akan hari penghisaban yang akan dikendalikan oleh Allah , di mana kita tidak mempunyai peluang untuk menipu dan mengelak dari soalan berkenaan dengan amalan sepanjang kehidupan kita. Mereka akan terus tenggelam dan bergelumang dengan maksiat.
  • Muhasabah juga akan membuka ruang kepada setiap individu mengenali kelemahan diri sendiri serta kekurangan yang ada. Kerana barang siapa yang mampu mengenali kelemahan diri sendiri pasti akan dapat memupuk sifat rendah diri dan tawaduk. Ia juga akan dapat berusaha memperbaiki diri dengan menumpukan pada kelemahan yang sudah dikenal pasti pada dirinya.
  • Muhasabah diri juga akan membuka minda kita mengenali betapa besarnya nikmat dan kurniaan dari Allah kepada setiap individu. Di samping kita akan bertemu dengan kelemahan diri kita juga pastinya akan dapat membuat perbandingan betapa besarnya kurniaan Allah Taala kepada kita seperti nikmat sihat, zuriat, harta benda, pelajaran dan sebagainya yang tidak mampu kita hitung. Ia akan menjadikan individu bermuhasabah sentiasa bersyukur dan tunduk kepada ajaran Allah.
  • Muhasabah juga dapat menyucikan diri dari sebarang sifat hati yang tercela seperti riak (suka menunjuk-nunjuk), takabbur (rasa bongkak atau besar diri), hasad (dengki) dan sebagainya. Muhasabah diri akan dapat menyedarkan kita betapa busuknya hati kita yang tidak pernah puas hati dengan rakan sekerja dan kawan-kawan. Sifat tercela ini kemudian digantikan dengan hati dan jiwa yang bersih dengan perasaan rendah diri, hormat kepada orang lain dan merasakan gembira dengan nikmat yang dikecapi oleh mereka.
  • Muhasabah diri akan dapat menghidupkan jiwa yang mati dan akan dapat menyuburkan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri serta dapat membuat petimbangan yang teliti terhadap setiap gerak geri dan tingkah laku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...