"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Friday, February 26, 2010

I LOVE RASULULLAH SAW


Ya Rasulullah,
Sungguh engkau sangat mulia
Allah dan malaikat turut berselawat ke atasmu
Wahai orang mukmin
Selawatkanlah ke atas baginda
Sesungguhnya, syafaat baginda menantimu di Akhirat nanti.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


Wahai Nabi,
Engkau adalah cahaya daripada segala cahaya
Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia
Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin
Engkau juga anak kunci segala kemudahan.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


Engkau adalah Rasul pilihan
Pilihan Rasul yang awal dan akhir
Engkau adalah penyelamat umat
Engkau membawa rahmat dan berkat.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


Ibadahmu membayangkan kehambaanmu
Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu
Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad


Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah
Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah
Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua
Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu.

Allahummasalliala saiyidina Muhammad

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431 H

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...