"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Friday, June 26, 2009

APABILA FITRAH MENJADI FITNAH...!!!


Hati manusia yang mahu bercinta atau dicintai selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang Allah s.w.t kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan cinta secara bebas begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.


Mengapakah perlu ada peraturan cinta?


Jawabnya kerana Allah s.w.t mencintai manusia hamba-Nya. Allah s.w.t inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.


Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?


Allah s.w.t kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.


Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum Allah s.w.t dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah s.w.t mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.


Ketika itu indahkah cinta?


Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal.Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.


Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?


Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah s.w.t.Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.Dia telah memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada Allah s.w.t.Cinta itu buta sebab ia tidak mengenal sesiapa,yang berkopiah,beserban atau tidak,mahupun yang bertudung labuh,tudung bawal dan sebagainya.Apabila adanya konsep pencampuran di kalangan dua jenis jantina yang berlawanan samada ketika berorganisasi,berassignment dsb,maka labudda perkara ini akan timbul.Cuma bagi mereka yang mempunyai kekuatan iman yang kuat sahaja dapat mengatasinya dengan mengalurkannya ke arah jalan yang selaras dengan syara’.Bagi mereka yang lemah iman,kurang ilmu dsb,maka akan bersemilah cinta yang tiada jaminan berkekalan sehingga ke alam pernikahan. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah s.w.t.Sehubungan dengan itu,cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah s.w.t.


Soalnya bagaimana?


Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .


Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana Allah s.w.t, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah Allah s.w.t. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada Allah s.w.t, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat angjahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah.


Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet atau lebih famous dengan nama Cinta Cimpazi!


Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum dan perintah Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, kita tidak seharusnya mengeluh, " Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman? Jika mahu lebih private lagi ada juga yang sekadar menghantar comen-comen di Friendster, MySpace, FaceBook, Filxter dan ber ‘YM’ setiap hari.Namun kita perlu ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.


Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya buat dengan rasa cinta terhadap hamba-Nya. Ingatlah janji Allah di dalam al-Qur’an yang bermaksud :


"Perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."(An-Nur :26)


Firman-Nya lagi :


“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang Islam serta orang-orang perempuan Yang Islam, dan orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman, dan orang-orang lelaki Yang taat serta orang-orang perempuan Yang taat, dan orang-orang lelaki Yang benar serta orang-orang perempuan Yang benar, dan orang-orang lelaki Yang sabar serta orang-orang perempuan Yang sabar, dan orang-orang lelaki Yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan Yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki Yang bersedekah serta orang-orang perempuan Yang bersedekah, dan orang-orang lelaki Yang berpuasa serta orang-orang perempuan Yang berpuasa, dan orang-orang lelaki Yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan Yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki Yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan Yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.”(Al-Ahzaab :35)


Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta!


Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...