"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Tuesday, June 2, 2009

MASUKILAH PINTU TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

INI ADALAH ISI KANDUNAGN YANG DIAMBIL DARIPADA KHUTBAH JUMAAT...

Muslimin Sekalian!

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Mereka berkata: ‘Bilakah berlaku janji itu (qiamat), jika sekiranya kamu adalah orang-orang yang benar.”

Tidaklah mereka menunggu melainkan satu melainkan satu tempikan yang membinasakan semuanya dalam keadaan mereka sedang berbantah.”

“Lalu mereka tidak sempat meninggalkan meninggalkan wasiat dan tidak sempat untuk berjanji dan pulang ke rumah masing-masing.”

“Ditiup sengkakala maka dibangkitkan dari kubur masing-masing.”

“Mereka berkata: ‘Cekalalah kami! Siapakah yang telah mengembalikan kami dari tempat tidur kami (kubur) selama ini?’

“Sebenarnya dibangunkan oleh Tuhan. Inilah yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah dan benarlah segala Rasul-Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.

Tidak adalah teriakan itu selain sekali teriakan sahaja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami.”

“Maka pada hari itu, seseorang tidak akan dirugikan sedikitpun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.” (Yassin: 48-54)

Inilah peristiwa benar yang dijanjikan oleh Allah SWT. Peristiwa penutupan sejarah alam, manusia dengan berlakunya qiamat untuk memberi amaran bahawa kehidupan manusia di atas muka bumi hanyalah sementara waktu bagi memikul amanah Allah SWT dengan beribadat kepada-Nya, menunaikan perintah-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya, menegakkan hukum-hakam-Nya di atas muka bumi ini.

Manusia perlu menyedari bahawa mereka dijadikan oleh Allah SWT. Kalaulah Allah tidak menjadikan mereka, tidak ada rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka tidak ada apa-apa lagi.

Semuanya adalah pemberian dari Allah yang dimengerti oleh manusia, cukup dengan menggunakan akal yang diberikan oleh Allah mengikut petunjuk yang dibawa oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul AS.

Namun dalam keadaan demikian, ramai di kalangan manusia bahkan paling ramai di kalangan mereka menjadi lupa daratan, tidak menunaikan perintah Allah SWT, meninggalkan hukum Allah, Tidak beramal dengannya, mencari petunjuk yang lain dari petunjukAllah SWT.

Walaupun Allah SWT membuka pintu taubat tetapi mereka tidak masuk melalui pintu taubat yang dibuka oleh Allah SWT yang begitu luas laksana timur dan barat.

Dia tidak ditutup melainkan ketika matahari naik di sebelah barat, yang menjadi tanda besar hampirnya qiamat dan tidak ditutup melainkan setelah nyawa seseorang itu sampai ke halqum.

Begitulahluasnya pintu taubat yang dibuka oleh Allah SWT , namun kebanyakan manusia tidak mempercayai janji Allah SWT dan mereka lupa kepada janji Allah. Allah SWT telah merasakan tanda-tanda yang banyak di antaranya tanda yang dilihat dengan mata dan tanda yang dijelaskan di dalam kitab Allah.

Segala yang dibaca di dalam kitab Allah, semuanya adalah benar. Kenyataan yang telah lalu adalah kenyataan uyang benar, termasuklah kenyataan berlakunya qiamat dan manusia diperintah supaya bersedia menghadapi hari qiamat itu.

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan ahli falaq, peristiwa angkasa lepas yang mengejutkan ahli pengkaji angkasa lepas di seluruh dunia iaitu perlingkaran di antara serpihan bintang dengan bintang Mushtari yang dikatakan salah satu yang terbesar, yang berlipat kali ganda besarnya dari bumi.

Dan dikatakan kesan perlingkaran itu mengeluarkan percikan api beribu-ribu kilometer dan meninggalkan kawasan dan kesan yang lebih luas dari permukaan bumi dan ramai di kalangan ahli falaq dan ahli sains yang bukan Islam menyatakan peristiwa itu tidak ada apa-apa kesan kepada bumi.

Inilah orang yang tidak mempunyai hati perut tetapi orang yang beriman yang mempunyai hati perut sepatutnya memberi kesan kepada mereka. Rasulullah SAW memperingatkan kita apabila berlakunya peristiwa-peristiwa besar dan mengikut sunnah Rasulullah SAW pernah berlaku gerhana matahari di hari meninggalnya putera baginda yang bernama Ibrahim. Rasulullah SAW bersedih dengan kematian putera yang dikasihi dan pada hari itu berlakunya gerhana matahari lalu orang ramai bercakap gerhana berlaku kerana kematian putera Rasulullah SAW. Mendengar perbualan mereka itu Rasulullah telah keluar ke masjid dan menyampaikan ucapan kepada orang ramai setelah menunaikan sembahyang gerhana, mengajak manusia kembali ta’at, tunduk kepada Allah dan menyedarkan hati supaya tunduk kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bangun dan menyampaikan khutbah yang bermaksud:
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda Allah SWT. Dia tidak menjadi gerhana kerana sebab kematian seseorang atau kehidupan seseorang. Apabila berlakunya perkara yang sebegitu rupa maka kamu hendaklah ingat akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dan menghitung diri kamu sebelum kamu dikembalikan kepada-Nya pada hari yang dijanjikan-Nya (qiamat) yang pasti akan berlaku. Hari manusia dibicarakan dan ditentukan sama ada ke syurga atau ke neraka untuk selama-lamanya.”

Begitulah peringatan Rasulullah SAW dan marilah kita mengambil peringatan ini dengan menentukan sikap dan pendirian kita supaya tepat dan benar dengan perintah dan petunjuk Allah SWT.

Dan marilah kita menghisab diri serta bersyukur kepada-Nya sekiranya kita berada di dalam baik dan bertaubat sekiranya berada di dalam keadaan yang tidak baik dan seterusnya kita kembali kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (al-Asr: 1 – 3)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...