"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Tuesday, June 6, 2006

11 CARA SYAITAN MASUK KE DALAM HATI MANUSIA

SYAITAN ADALAH MUSUH UTAMA KITA!!! JADI...MARILAH SAMA2 KITA menyiasat bagaimana cara SYAITAN boleh masuk ke dalam HATI KITA...

1. Terlalu cintakan dunia sehingga terlupa kehidupan akhirat. Bagi mereka DUNIA adalah kehidupan yang sebenar.

2. Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati. Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.

3. Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.

4. Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.¨ Ujub dan sombong.

4. Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.

5. Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.

6. Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.

7. Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.

8. Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.

9. Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.

10. Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.

11. Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...