"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Thursday, June 12, 2008

PALESTIN TANAH AIRKU...

Dalam muktamar kelima Ikhwanul Muslimin, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah mengisytiharkan bahawa tanah air Islam tidak terpisah dan segala usaha pencerobohan terhadap salah satu bahagian darinya bererti pencerobohan terhadap keseluruhannya. Lantaran itu, tidak dapat tidak umat Islam mesti berusaha untuk membebaskan negara yang telah dicerobohi. Menyentuh isu Palestin yang hangat diperkatakan di seluruh dunia, maka marilah kita bersama merasakan tanggungjawab kita terhadap saudara seakidah kita di bumi Palestin sana. Saban hari dibedil dan diancam oleh Zionis. Bukan mereka minta untuk lahir dalam suasana yang sedemikian, namun inilah ujian untuk melihat kesatuan dan ukhwah ummat Islam seluruh dunia. Dengan penuh kerendahan hati, cuba kita tanya pada diri kita, benarkah kita ni muslim dan mukmin sejati? Pernah tak wujud walau secebis rasa dalam hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Anbiya' ini.

SAMBUNGAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...