"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Tuesday, November 12, 2002

Isyarat Kematian!!!


Pernahkah anda mendengar seseorang itu sebelum meninggal dunia berkelakuan
ganjil seolah-olah dia tahu bahawa dirinya akan dipanggil oleh Allah s.w.t
ke alam barzakh. Gelagat aneh dan ganjil perilaku seseorang itu lebih
ketara semasa dirinya terlalu hampir kepada kematian.

Sebagai contoh ada di kalangan hamba Allah ini sebelum menemui ajal akan
mengumpulkan saudara maranya, mengumpul semula gambarnya semasa muda untuk
tatapan keluarganya, menulis atau bercakap sesuatu yang menggambarkan
kedatangan ajalnya dan lain-lain lagi perlakuan aneh. Dalam masyarakat
melayu, terdapat peribahasa orang tua-tua mengenai tanda kematian ini
seperti "Buang Tabiat"

Hakikatnya, setiap orang akan mendapat tanda atau kelainan pada dirinya di
hari-hari terakhir hayatnya. Bagi orang beriman, ini adalah kelebihan yang
Allah Taala berikan pada mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka akan
meninggal dunia dalam masa terdekat cuma tidak mengetahu tarikhnya secara
tepat. Hakikatnya Allah s.w.t memaklumkan lebih awal bila seseorang itu
meninggal dunia menerusi gerak hati yang dipanggil Latifah rabbaniah.

Dalam kitab Tasauf iaitu Sir Al-Salikin dalam bab Zikrul Maut (Mengingati
mati) menunjukkan bahawa seseorang itu diberi isyarat ketika mautnya hampir
sampai kepada orang tersebut. Ada juga dikalangan individu yang menerima
isyarat tersebut tetapi buat-buat tak faham dan masih bergelumang dengan
maksiat dan dosa. Setengahnya akan menjadi insaf dan mengambil peluang
untuk beribadat dengan sisa kehidupan yang ada.

Isyarat akan menjadi lebih jelas ketika seseorang itu menghadapi
sakratulmaut atau nazak. Orang yang beriman dan beramal soleh akan
menghadapi kematiannya dengan tenang berbeza dengan orang yang kufur dan
melakukan maksiat.

Seorang doktor telah menceritakan tentang keadaan pesakitnya sebelum meninggal dunia.
Ada hamba Alla ini yang nazak setelah berbulan-bulan.Ketika menghadapi sakratulmaut sebelum dicabut nyawanya, nafas hamba Allah ini seperti kerbau dan ketika
nyawa ditarik, hamba Allah ini jatuh seakan-akan terpelanting daripada
katil hospital. Begitulah sakitnya ketika menghadapi kematian. Hingga jatuh
daripada katil barulah nyawanya selesai dicabut. Penulis bercerita mengenai
kematian hamba Allah ini bukanlah untuk mengaibkannya tetapi sekadar
peringatan untuk kita semua.


Oleh yang demikian, wajarlah seseorang muslim itu
mengingati mati pada
setiap masa. Ia juga selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. serta dapat
menghindarkan seseorang untuk melakukan kejahatan.
Semoga mereka yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat dan mereka yang
masih hidup mentaati suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Marilah kita sembahyang sebelum kita disembahyangkan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...