"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Saturday, February 16, 2008

PENGANUT KRISTIAN PERTIKAI BIBLE!!!

JOM kita LIHAT apa KATA orang KRISTIAN terhadap agama KRISTIAN!!!

Pengakuan Seorang Penulis Bible !!!

Dr. S. Franklin Logsdon (1907-1987) ialah seorang paderi yang dihormati. Beliau pernah memimpin Gereja Moody Memorial Church di Chicago, Gereja Central Baptist Church di London, Gereja Immanuel Baptist di Michigan dan banyak lagi. Dr. Frank Logsdon merupakan salah seorang jawatankuasa penerbitan Bible New American Standard Version (NASV). Beliau mengaku telah mengedit dan membuang banyak ayat-ayat Bibledalam usaha untuk melahirkan Bible NASV.

Pengakuan Dr. Frank Logsdon, telah dimuatkan di dalam O Timothy Magazine, Volume 9, Issue 1, 1992. Tokoh-tokoh Kristian sering mengatakan, Bible walaupun ditulis oleh manusia, tetap diiktiraf sebagai Kalam Tuhan kerana penulis-penulis telah dibantu oleh Ruh Suci (Holy Spirit). Dr. Frank Logsdon mempunyai pendapat yang berbeza. Beliau berkata: ‘Adakah kita begitu jahil sehingga tidak dapat mengesan tipu daya iblis berhubung insiden ini?' Nampaknya Ruh Suci tidak banyak membantu di dalam kes ini!

Father John Breck Mempersoalkan
Kesahihan Bible


Reverend John Breck ialah seorang profesor di dalam bidang 'New Testament and Ethics' di St. Vladimir’s Seminary dari tahun 1984-1996. Sekarang beliau bertugas sebagai profesor di bidang 'Biblical Interpretation and Ethics' di St. Sergius Theological Institute, Paris, France. Di dalam artikel 'Who Wrote the Books of the Bible?' beliau telah mempersoalkan kesahihan beberapa bahagian di dalam Bible kerana penulis-penulisnya tidak dikenali atau dipertikaikan.

Doktrin Roman Katolik Dicabar !!!

Ia dicabar oleh Profesor George Salmon yang merupakan seorang pakar di dalam ilmu ketuhanan agama Kristian (Regius Professor of Divinity) dari University Dublin. Pandangannya ini telah ditulis pada tahun 1870. Bahan-bahan ini telah diterbitkan semula baru-baru ini: edisi pertama pada tahun 1948, edisi kedua 1959 dan edisi ketiga 1997. (The Interactive Bible; www.bible.ca)

Orang Kristian dari kumpulan yang lain daripada Roman Katolik akan memasuki neraka! (Dari The Interactive Bible; www.bible.ca)

Begitulah bentuk pertikaian yang sedang melanda dunia Kristian pada hari ini. Ia adalah hasil daripada doktrin yang dicipta oleh tangan-tangan manusia tanpa berpandukan ajaran Nabi Isa yang sebenarnya.

Percanggahan Dan Kesilapan
Di Dalam Bible


50,000 Kesilapan Di Dalam Bible?
Begitulah tajuk yang terdapat di dalam Majalah 'Awake' terbitan September 8, 1957, volume XXXVIII, Number 17, Brooklyn, New York.

C. Dennis McKinsey telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'The Encyclopedia of Biblical Errancy' yang mengandungi kesilapan-kesilapan dan percanggahan yang terdapat di dalam Bible.

Lord Headley: Orang Islam lebih Kristian
Dari orang Kristian


Lord Headley atau Sir Rowland George Allanson dilahirkan pada tahun 1855. Beliau merupakan seorang tokoh dari Britain berkelulusan dari Cambridge. Beliau ialah seorang jurutera dan pernah menjawat jawatan Lieut. Colonel di Batalion ke-4 North Minister Fusiliers. Di samping itu beliau juga merupakan editor majalah 'Salisbury Journal' dan pengarang beberapa buku, yang paling terkenal yang bertajuk 'A Western Awakening to Islam.' Beliau menganut Islam pada 16 November, 1913 dengan mengambil nama Shaik Rahmatullah al-Farooq sebagai nama Islamnya.

Lord Headley berasa pelik dengan usaha pendakyah Kristian yang berusaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam kerana pada pengamatan beliau orang Islam 'lebih kristian' dari orang Kristian sendiri kerana orang Islamlah yang telah mengamalkan
ajaran Nabi Isa yang sebenarnya

DR. Daniel B. Wallace:
Kemanakah Hilangnya Sesetengah
Ayat Dalam Bible?


Tokoh-tokoh Kristian sering menyebutkan bahawa versi-versi Bible adalah sekadar kelainan dalam terjemahan tanpa mengubah jalan ceritanya yang asal. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Daniel B. Wallace, Ph.D., (Associate Professor of New Testament Studies, Dallas Theological Seminary) telah berkata:

“Kemanakah hilangnya sesetengah ayat? Terjemahan moden telah membuang banyak ayat-ayat yang bernilai daripada Injil. Mereka menamatkan Bab 16 dari Gospel Mark pada ayat yang kelapan; mereka telah membuang kisah malaikat yang mengocakkan air di kolam Bethesda (John 5 ayat 4) dan yang paling ketara ialah membuang kisah tentang seorang wanita yang telah berzina, di dalam John 8. Di samping itu terjemahan moden ini juga telah membuat perubahan-perubahan yang signifikan di dalam teks…… Secara keseluruhannya, ratusan perubahan teks telah dilakukan di dalam terjemahan moden berbanding Bible King James. Di dalam tulisan yang ringkas ini, kita tidak boleh pastikan siapakah yang benar. Cumanya kita mampu memberikan beberapa pandangan. Pertamanya, perubahan-perubahan teks di dalam terjemahan moden tidak menyebabkan perubahan besar ke atas ajaran Kristian!”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...