"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Thursday, February 21, 2008

PADERI MEMELUK ISLAM

Paderi Kenneth L. Jenkins
Memeluk Islam


Nama Asal:
Paderi Kenneth L. Jenkins dari Indianapolis, Indiana di Amerika.

Nama Islam:
Abdullah al-Faruq.

Kedudukan Di Dalam Gereja:
Paderi Kenneth L. Jenkins adalah merupakan seorang tokoh Kristian (minister and elder of the Pentecostal Church) dari Gereja Pentecostal di Indianapolis, Indiana, Amerika.

Komen Mengenai Kristian:
Pada asalnya beliau amat yakin dengan agama Kristian dan benar-benar telah mengkaji dan mendalami ilmu tentang Bible sejak dari kecil lagi. Namun pada suatu ketika di dalam hidupnya beliau mula meragui tentang beberapa konsep yang diajar oleh agama Kristian di antaranya yang berkaitan dengan konsep Tritunggal atau Trinity.

Tentang Nabi Muhammad beliau telah berkata:
Saya amat mengkagumi cara hidup Nabi Muhammad dan saya ingin mendalami tentangnya….. Saya telah dihadiahkan satu set Kitab Sahih Muslim oleh guru Al-Quran saya dan ketika itu barulah saya sedar bahawa saya perlu mengetahui tentang kehidupan, perkataan dan amalan hidup Baginda…”

Paderi Besar Urmia
Memeluk Islam


Nama Asal:
(Reverend) David Benjamin Keldani.

Nama Islam:
Abdul Ahad Dawud (Profesor).

Kelahiran:
Dilahirkan pada tahun 1867 di bandar Urmia wilayah Parsi.

Kedudukan di Dalam Agama Kristian:
Di lantik sebagai paderi pada tahun 1895 dan berjawatan Paderi Besar (Bishop) di Urmia.

Pengalaman Dan Perjalanan Menuju Islam:
Pada musim panas tahun 1900, beliau telah bertapa selama sebulan di Digala, membaca berulang-ulang kali teks Bible di dalam bahasanya yang asal, memohon petunjuk daripada Tuhan. Hasilnya ialah beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Paderi Besar Urmia dan selepas pertemuannya dengan ulama Islam, Syeikh Jemaluddin Effendi dan lain-lainnya, beliau terus memeluk agama Islam.

Di antara sumbangan beliau yang terbesar untuk Islam ialah penerbitan buku beliau yang bertajuk ‘Muhammad in the Bible.’ Di Malaysia ianya diterbitkan pada tahun 1969 oleh Pustaka Antara di bawah naungan Angkatan Nahdhatul Islam Bersatu (BINA), Sarawak.

Sekarang, jom kita lihat apa kata penganut KRISTIAN mengenai NABI MUHAMMAD SAW.

Michael H. Hart: Muhammad Tokoh Yang
Paling Berpengaruh


Michael H. Hart merupakan seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'The 100' yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini kemudiannya diterbitkan semula dengan tajuk ‘The 100 : A Ranking of the Most Influential Persons in History,’ terbitan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya telah dimuatkan tentang kajian beliau berhubung dengan 100 orang tokoh-tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan dan paling banyak mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhirnya beliau telah merumuskan bahawa tokoh sejarah yang paling berpengaruh ialah Nabi Muhammad.

Dari 100 tokoh yang dikajinya,
10 yang teratas ialah:

1.Prophet Muhammad
2.Isaac Newton
3.Jesus Christ
4.Buddha
5.Confucius
6.St. Paul
7.Ts'ai Lun
8.Johann Gutenberg
9.Christopher Columbus
10.Albert Einstein

George Bernard Shaw
Muhammad Penyelamat Manusia


George Bernard Shaw dilahirkan di Dublin pada tahun 1856. Beliau merupakan seorang ahli kritik, tokoh intelek, pemikir, tokoh drama, penulis, tokoh sastera, dan aktivis masyarakat.

Di atas sumbangan beliau di bidang sastera, belaiu telah dikurniakan anugerah Nobel Sastera (Nobel Laureate in Literature) pada tahun 1925.
Sebagai seorang pemikir dan pengkritik, beliau telah banyak mengkaji dan menulis tentang Nabi Muhammad.

Di dalam 'The Genuine Islam,' (1936; Vol. 1, No. 8), beliau telah berkata:
(“Saya sentiasa menyanjungi agama yang dibawa Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia merupakan satu-satunya agama yang, pada pandangan saya, mempunyai kemampuan untuk disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku di dalam hidup yang menjadikannya menarik (relevan) bagi setiap zaman. Saya telah mengkaji tentangnya – iaitu lelaki yang hebat itu (Nabi Muhammad), dan pada pandangan saya beliau bukannya seorang anti-Nabi Isa sebaliknya beliau sepatutnya digelar sebagai Penyelamat Kepada Manusia.”)

“Quran Abad 20 Sama Seperti 1300 Tahun Dahulu” - ARTHUR J, ARBERRY

Arthur J, Arberry di dalam Pendahuluan Terjemahan Al-Qurannya telah berkata: “Selain daripada tanda-tanda bacaan yang dimasukkan kemudian ke dalam Al—Quran untuk memudahkan bacaan, Al-Quran yang diterbitkan pada abad ke-20 adalah sama seperti yang diterbitkan oleh Khalifah Uthman 1300 tahun dahulu.”

Kesimpulannya, banggalah kita dengan ISLAM!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...