"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Monday, February 11, 2008

KRISTIANISASI

LATAR BELAKANG KRISTIANISASI KE ATAS BANGSA MELAYU

Proses Kristianisasi bermula semasa penjajahan Portugis 1511.Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia.Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam

Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakyah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil "Window 10/40", kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta duni(sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997).

FAKTA MURTAD

Mantan Mufti WP Datuk Hashim Yahya, mendedahkan:
3,000 orang memohon untuk keluar dari Islam di Kuala Lumpur

Merujuk pada bancian tahun 1980, dari 6.1 juta orang Melayu di Sem Malaysia,
4,766 Melayu menganut Kristian,
522 Melayu menganut Hindu
746 Melayu menganut Buddha
456 kembali menganut agama Confucianisma dan Taoisma.

100,000 kes permohonan untuk murtad dilaporkan dari JPN, kini 18,000 telah diluluskan.

Ramai gadis melayu di IPT telah terpedaya dengan cinta palsu pelajar lelaki kristian-Inilah trend pengkristianan yg paling popular

Dalam sebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini

APA TINDAKAN KITA?

Mantapkan Ilmu, Iman & Amal
Hadir ke majlis ilmu Islam
Berkawan dengan yang berakhlak baik
Tingkatkan amal Islami – solat dll
Perdalam ilmu Islam - membaca

Dakwah – amar ma’ruf nahi mungkar
Perhebatkan da’wah
Dakwah kepada non-muslim
Perbandingan agama

Firman Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad:7)

Ingatlah wahai umat ISLAM semua, Allah akan menyoal apa tindakan kita tehadap ISLAM? Kalau kita hanya berdiam diri sahaja tanpa berbuat apa-apa, apa yang kita nak jawab di akhirat nanti????

FIKIR2kanLAH......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...