"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Wednesday, April 5, 2000

SEJARAH PERANG UHUD

• Berlaku pada tahun ke-3H/625M.

• Berpunca dari rasa kecewa dan ingin membalas dendam dalam kalangan kaum musyrikin Makkah atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.

• Kaum Musyrikin Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan dengan 3000 tentera manakala tentera Islam seramai 1000 orang di bawah pimpinan Rasulullah saw.

• Walau bagaimanapun, 1/3 daripada tentera Islam yang diketuai oleh Abdullah

.Ubay(ketua munafik) telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke Madinah.

• Tentera Islam dan Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit(jabal) Uhud.

• Peringkat awal peperangan, memperlihatkan kemenangan di pihak Islam tetapi pada akhirnya mereka mengalami kekalahan.

• Punca kekalahan ialah sikap sesetengah kaum muslimin khususnya pasukan pemanah yang berada di kawasan tinggi telah meninggalkan posisi mereka dan mengejar harta rampasan.

• Ramai antara sahabat-sahabat Rasulullah saw telah gugur syahid termasuk bapa saudara Baginda iaitu Hamzah r.a.

MORE...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...