"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Monday, March 4, 2002

ADAB AMAR MA'RUF DAN NEHI MUNGKAR

Diantara pengajaran akhlak yang diterapkan kepada para pelajar ialah amar maaruf nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan amalan yang menjadi dosa. Keduanya wajib ditegakkan dan dilaksanakan seiringan.

Mengajak manusia melakukan kebaikan kemudian mengajak atau mendorong mereka melakukan kemungkaran adalah salah apatah lagi kalau mengajak melakukan kemungkaran dan menghalang orang melakukan kebaikan satu dosa yang amat besar.

Fenomena ini kadangkala masih berlaku di sekeliling kita. Satu ketika kita ajak manusia berforum tentang Islam dan dianjurkan juga konsert, bercampur lelaki dan perempuan..dan banyak lagi. Mari diulangkaji tajuk pelajaran kita untuk diingat semula.

1. KEWAJIPAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ·

Umat islam dituntut untuk berdakwah mengukut kemampuan masing-masing · Amar makruf nahi mungkar boleh menjauhkan perkara keji dari berlaku dalam masyarakat · Nasihat dan tegur menegur merupakan salah satu cara untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar · Manuisa serng lalai dengan perkara wajib dan untuk menjauhi perkara yang ditegah berikutan dari pengaruh dan persekitaran atau budaya luar.

2. SIFAT PENDAKWAH

i. Berilmu
ii. Beramal dengan ilmu
iii. Berakhlak mulia

3. GARIS PANDUAN DALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

· Dengan cara hikmah : § Iaitu dengan menggunakan dalil yang jelas, kuat dan tegas kepada mereka yang berjiwa kuat yang memerlukan kebenaran
· Mauizah hasanah ( nasihat yang baik )
· Berbincang dengan cara yang baik

4. CARA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH

· Memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat
· Berdakwah secara diplomasi
· Meninggalkan perkara yang tidak memudharatkan untuk kemaslahatan yang lebih besar · Memberi hidayat kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama islam
· Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah
· Memberi kemaafan dalam keadaan yang mungkin boleh menuntut bela / balas dendam
· Meceritakan sesuatu berdasarkan kisah umat terdahulu sebagai iktibar

5. FAEDAH / HIKMAH MENGAMALKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

· Dapat menegakkan hukum Allah serta syariat Islam
· Mengatasi kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat
· Pembangunan negara bertambah baik dan diampuni Allah
· Ekonomi bertambah baik dan meningkat
· Dapat memelihara harta, maruah, keturunan dan hak-hak individu

Kesimpulannya adab ini bukan sekadar pengajaran untuk pelajar malah seluruh umat yang mengaku muslim wajib menghayati dan melaksanakan dalam kehidupan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...