"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]

Followers

Wednesday, January 2, 2002

ADAB DI TEMPAT REKRIASI

1. PENGERTIAN REKREASI :

· Kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan contohnya riadhah, beristirehat dan menghiburkan hati.

· Islam mengharuskan umatnya berekreasi dengan syarat tidak melanggar batas-batas syarak

2. KATEGORI REKREASI:

· Aktif

v Tertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental seperti bersukan

· Pasif

v Tidak banyak memerlukan tenaga fizikal seperti bersiar-siar

3. FAEDAH REKREASI

· Menguatkan stamina

· Mengimbangi mental

· Mengeluarkan peluh

· Menenangkan fikiran

· Mengurangkan tekanan perasaan

· Menimbulkan semangat kerjasama

· Memupuk perpaduan

4. ADAB REKREASI :

· Berpakaian menutup aurat

· Menjaga pergaulan mengikut hukum islam

· Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak

· Bertanggung jawab menjaga harta awam

· Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi

· Menghormati pengunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan

5. CIRI-CIRI TEMPAT REKREASI:

· Yang memberi keselesaan kepada pengunjung melakukna aktiviti rekreasi tanpa gangguan yang boleh menghilangkan keseronokkan rekreasi

· Yang menyediakan keperluan dan kemudahan kepada individu, keluarga atau kumpulan dalam pelbagai aspek. ***

6. STRATEGI PENGAWALAN TEMPAT REKREASI:

· Bebas dari daripada pemandangan dan perbuatan yang melanggar hukum syarak

· Menjaga kepentingan awam

· Melanggar peraturan yang ditetapkan di tempat rekreasi adalah satu kesalahan dan berdosa

7. HIKMAH BERADAB DITEMPAT REKREASI:

· Mendapat keredhaan Allah

· Dapat memupuk silaturrahim di kalangan pengunjung

· Melahirkan masyarakat yang mencintai alam sekitar

· Menghindari perkara mungkar

· Mengekalkan persekitaran yang bersih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...